PAS TERENGGANU BUAT MASALAH?
Angkara Fraksi UMNO ini tidak mustahil PAS akan berpecah selepas 16 September.
Saya telah membaca repot berkenaan ucapan Mustafa Ali yang terbaru di blog Mohd Sayuti Omar. Nampaknya Cikgu Mustafa Ali telah menunjukkan sikap beliau yang sebenar. Sudah menjadi maklumat umum bahawa Cikgu Mustafa Ali adalah “mastermind” di dalam usaha membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.Sekarang beliau mula menunjuk sikap sebenar beliau yang sebenar.
Sudah sekian lama beliau menjadi agen Pak Lah dan beliau kerap menghantar “final draft” Harakah ke Pejabat PM untuk mendapat arahan seterusnya dari Pak Lah. Dengan kata lain, Mustafa Ali sudah sekian lama menjadi agen UMNO dalam PAS.
Menyebar Fitnah Dalam Munaqasyah.
Maklumat yang terbaru yang saya dapat sekarang ini, Mustafa Ali serta fraksi UMNO seluruhnya giat mengisi program2 “Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden” seluruhMalaysia. Mereka menggunakan platform ini untuk menyebarkan fitnah terhadap Anwar Ibrahim kepada keseluruhan perwakilan PAS dan pimpinan2 PAS.
Fitnah yang digunakan adalah:
- Anwar adalah agen Amerika dan agen Yahudi
- Hak dan Ketuanan Melayu akan hilang di bawah kerajaan PR yang baru
- Islam terancam sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.
Jelas Sekali Ini Semua Konspirasi PAS Terengganu
Mereka yang terlibat menyebar fitnah dalam Munaqasyah2 ini kesemuanya pemimpin dari Terengganu kecuali seorang. Nampak sangat konspirasi membawa PAS masuk BN ini adalah daya usaha dari PAS Terengganu, yang baru-baru ini gagal untuk menafikan 2/3 majoriti di negeri mereka sendiri. Nampak sangat PAS Terengganu terlampau lapar untuk masuk balik dalam kerajaan negeri Terengganu melalui pintu belakang. Mereka tahu mereka tidak mampu untuk masuk ikut pintu depan.
Lihatlah baru-baru ini, hanya perwakilan2 dari Terengganu sahaja yang begitu kuta menentang Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Perwakilan Pemuda dari Terengganu dengan jelas menyatakan Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai.
Perwakilan dari Selangor juga amat lancing mulut mereka. Tetapi telah dijelaskan penipuan mereka oleh saudara Khalid Samad. Ustaz Solihein Mukhyi dengan jelas menyatakan PAS dipinggir dalam kerajaan negeri Selangor. Pada hal, PAS telah diberi kebebasan dan peranan yang cukup besar dalam kerajaan Selangor berbanding sebelum 2008.
Ustaz Solihin Mukhyi ini telah ditolak oleh pengundi di kawasan beliau sebanyak dua kali. Sekiranya beliau adalah seorang yang popular, nescaya beliau sudah menang kerusi Sabak pada 2008 yang lepas. Jelas Ustaz Solihin Mukhyi tidak mampu memimpin PAS di dalam “waqi” berbilang bangsa dan agama seperti di Selangor. Saya nasihatkan Ustaz Solihin supaya lebih baik beliau tumpu untuk memenangi kembali kerusi beliau yang mana beliau adalah penduduk tempatan di situ.
Hakikatnya, di Selangor terdapat dua orang “ayam” ustaz Harun Taib., yakni Ketua Dewan Ulama dan Ketua Dewan Muslimat. Jadi, saya tak hairan bila saya tengok Selangor juga mula bersuara seperti Terengganu kerana dua orang ini sejak sekian lama menjadi agen kepada Ustaz Harun Taib.
Yang Akan Mendapat Laba Adalah Mustafa Ali
Mereka yang menyokong fraksi UMNO tidak sedar bahawa yang akan mendapat laba yang paling besar adalah Mustafa Ali. Beliau akan mendapat jawatan Senator dan jawatan dalam Kabinet. Itu tak termasuk keuntungan dalam bentuk wang dan kontrak.
Saya kesian melihat semua orang yang menyokong fraksi UMNO ni. Mereka menjadi alat ketamakan Mustafa Ali dan mereka nanti tidak akan dapat apa-apa walau satu habuk pun.
Malahan kalau PAS masuk BN, PAS terpaksa berebut dengan 23 parti komponen Barisan Nasional. PAS parti kecik dan tak mampu nak bersaing dengan rakan senior BN dalam Barisan Nasional.
Ikutlah cakap Tok Guru Nik Aziz:
Saya tidak menghabiskan 50 tahun usia saya melawan UMNO melalui PAS hanya untuk melihat usaha saya gagal”
Sejak Bila PAS Memperjuangkan Kebangsaan Melayu?
Saya hairan, sewaktu tahun 80an dahulu, Tuan Guru Haji Hadi Awang kerap mengajar bahawa UMNO itu berdosa kerana mengamalkan Asabiyyah Melayu. Tetapi nampaknya sekarang ini seluruh ahli PAS diminta menolak kerajaan Pakatan Rakyat demi untuk memperjuangkan “kebangsaan Melayu”. Sejak bila PAS berjuang untuk “Kebangsaaan Melayu” ini saya pun tak tahu.
Tunggulah Munaqasyah datang ke tempat saudara dan perhatikan ucapan Mustafa Ali dan pemimpin2 fraksi UMNO yang lain. Nescaya saudara akan rasa saudara berada dalam konvensyen parti kebangsaan Melayu berbanding parti Islam.
Masuk BN Adalah Langkah Kedua, Langkah Pertama Adalah Keluar Pakatan Rakyat
Sememangnya puak Fraksi UMNO kesemuanya menafikan hasrat mereka untuk masuk BN. Hakikatnya masuk BN adalah langkah seterusnya bukan langkah pertama.
Langkah pertama mereka adalah untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Apabila PAS sudah keluar dari Pakatan Rakyat, maka mudahlah PAS dibawa masuk ke dalam BN
Sekiranya ditanya sekarang nescaya mereka akan menafikan hasrat mereka. Ini kerana ianya bukan hasrat mereka yang sekarang ini. Ianya adalah langkah seterusnya.
Logiknya mudah. Apabila PAS sudah keluar dari Pakatan Rakyat, demi untuk survival dan kesinambungan PAS, maka PAS terpaksa masuk BN. Ini kerana selain dari kerusi yang dimenangi di Kelantan, semuanya PAS menang dengan undi orang bukan Islam. Sekiranya PAS tidak masuk BN selepas keluar Pakatan Rakyat, nescaya PAS akan hilang 60% dari kerusi Parlimen yang mereka pegang sekarang ini.
Di waktu itu (nauzubillah) mereka tidak akan mendapat banyak tentangan dari ahli dan perwakilan untuk membawa PAS masuk BN.
Hakikatnya, walaupun PAS keluar Pakatan Rakyat dan tidak menyertai BN pun, UMNO dan BN akan untung. Ini kerana barisan pembangkan telah pecah dan mereka tidak mempunyai musuh yang kuat untuk ditentang.
Komen atas Komen Mustafa Ali
Beliau berkata:
Kedua dari segi politik. Menurutnya dari segi politik juga tidak logik kalau ada ahli Parlimen BN berhijrah kepada Pakatan semata-mata kerana hendak menyokong Anwar. “Adalah ganjil dan sukar untuk dipercayai ahli Parlimen akan bersedia untuk berhijrah dari tempat (komponen) yang sudah ada kuasa kepada Pakatan yang belum ada kuasa,” katanya.
Saya tidak faham kerana dahulu sewaktu UMNO berpecah kepada Team A dan Team B serta UMNO Baru dan Semangat 46, terdapat ramai MP UMNO yang melompat parti ke Semangat 46, misalnya Dato Zainal Abidin Zain, Dato Manan Othman dsbnya. Apa yang tidak logiknya, wahai Dato Mustafa Ali?
Saya juga ingin bertanya Mustafa Ali, apa masaalah nya bagi wakil BN masuk PR kerana apabila mereka masuk PR, maka bertukarlah kerajaan. Sekiranya wakil S46 boleh masuk S46 walaupun tidak berlaku pertukaran kerajaan, mengapa sekarang mereka tidak boleh tukar?
Semua ini adalah cakap-cakap seorang desperado dan agen UMNO yang bersungguh mahu mempertahankan kerajaan korup UMNO dan Barisan Nasional.
Bukan kita tidak tahu Mustafa Ali berjaya menyatukan PAS Terengganu bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat gagal. Hasilnya Tuan Guru HAji Abdul HAdi tidak mahu langsung berjumpa dengan Anwar Ibrahim. Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pun Tuan Guru Haji Hadi tidak mahu hadzir.
Malahan, sekarang ini Tuan Guru memberi alasan-alasan yang tidak konkrit dan tidak berasas bagi menolak kerajaan Pakatan Rakyat. Sehingga sekarang ini Ikhwan Muslimin pun tengah marah dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Hairan seribu kali sayang mengapa Tuan Guru Haji Hadi mudah terpengaruh denganfitnah dan penipuan PAS Terengganu berkaitan dengan Anwar Ibrahim ini.
Beliau berkata lagi:
“Misalnya begitu juga adalah mustahil ahli Parlimen MCA untuk meninggalkan BN kerana merekalah yang asaskan komponen itu bersama Umno, apa lagi Pakatan Rakyat itu sendiri satu Pakatan yang longgar.”
Ini adalah bahan yang kerap digunakan oleh Fraksi UMNO dalam PAS. Kerap mereka ulang “Pakatan Rakyat adalah Pakatan yang longgar”. Walaubagaimanapun, Mustafa Ali terlupa bahawa “pakatan longgar” ini mempunyai 5 kerajaan negeri dibawahnya.
Ini bererti sekiranya ia longgar, ia wajib diperketatkan. Bukannya pergi ke hulu ke hili memberitahu orang yang keluarga kita ini adalah keluarga yang longgar.
Fraksi UMNO pimpinan Mustafa Ali dengan muka tidak malu mengulang perkara ini terutamanya dalam Munaqasyah bagi melemahkan semangat ahli2 dan pimpinan PAS peringkat pertengahan dan bawahan.
Cikgu Pa berkata lagi:
”Dari segi moral dan intergriti juga, penghijrahan itu seperti mana yang disebut itu tidak akan berlaku kerana ia melibatkan soal moral dan intergriti. Kerajaan yang ditubuhkan atas penghijrahan dan tawaran kebendaan akan dilihat sebagai tidak bermoral dan ini sesuatu yang tentunya akan dititik beratkan.”
Hairan. Tindakan Mustafa dan fraksi UMNO berbincang dengan UMNO dalam gelap tidak pula dipersoalkan “moral” nya. Lebih lagi ianya dilakukan tanpa pengetahuan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Agaknya sebab itulah kenyataan “pakatan longgar” sering diulang. Ianya untuk menutup kesalahan “tidak bermoral” fraksi UMNO bercakap dengan UMNO dalam gelap.
Malahan Ustaz Nasa dengan keras telah mengatakan ianya adalah atas arahan Syura. Malanganya, dia tak beritahu pula surat arahan memberhentikan segala perbincangan yang datang dari Mursyidul Am.
Pertukaran parti ini penting bagi memastikan Pakatan Rakyat menguasai semua institusi kerajaan apabila Parlimen dibubarkan kemudian. Di kala itu, pilihanraya akan dilakukan dalam keadaan adil dan saksama. Tiada lagi faktor pengundi hantu, SPR yang berat sebelah, media yang separuh tiang dsbnya. Itu lah tujuan utama perlunya pertukaran kerajaan sekarang ini.
Mustafa berkata lagi:
“Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimana mengakui masa kini adalah waktu terbaik untuk pembangkang menguatkan usaha untuk menjatuhkan BN kerana berbagai kelemahan dan kepincangan BN serta penolakan rakyat kepada mereka seperti mana pilihan raya lalu sangat jelas.“
Hairannya kenyataan ini. Bagaimana lagi hendak menjatuhkan BN kalau tidak melalui pertukaran parti ahli2 Parlimen? Mungkin Mustafa Ali perlu menilai kembali kenyataan beliau supaya kenyataan bercanggah seperti ini tidak berlaku lagi.
PERAKEXPRESS
No comments
Post a Comment