Pegawai Najib: Siasah tunggu Ramlang
Akhbar yang melaporkan pegawai khas timbalan perdana menteri mengarahkan Ramlang Porigi menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lalu menunggu reaksi lanjut imam berkenaan sebelum memohon maaf.
Ketua pengarang eksekutifnya Zulkifli Sulong berkata, Siasah tidak mendakwa profesor madya Khairil Annas Jusoh memberikan arahan itu, tetapi hanya melaporkan dakwaan imam Masjid Wilayah Persekutuan itu ketika berucap di Permatang Pauh bulan lepas.
"Bergantung kepada Ramlang. Beliau yang dakwa. Kita hanya melaporkan.
"Kalau beliau tarik balik dan minta maaf, kita juga akan tarik balik dan meminta maaf," katanya kepada Malaysiakini, mengulas tuntutan pegawai Datuk Seri Najib Razak semalam.
Pegawai timbalan perdana menteri menafikan mengarahkan Ramlang mengatur majlis sumpah pemuda itu 15 Ogos lepas.
Khairil Annas berkata dakwaan Ramlang, ketika berceramah di tengah-tengah kehangatan kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh pada 24 Ogos, seperti dimuatkan dalam beberapa laporan bulan lepas "adalah tidak benar".
Pegawai khas itu merujuk laporan "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan edisi 27 Ogos lalu, rakaman video temuramah imam muda itu dengan Suara Keadilan Online (25 Ogos) dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" (mingguan Siasah edisi 31 Ogos).
Khairil Annas menuntut Ramlang (foto, kanan) membersihkan namanya dan menuntut dua akhbar itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik laporan dan memperbetulkan semula kenyataan tersebut.
Zulkifli berkata, laporan di akhbar mingguan popular itu berdasarkan maklumat khidmat pesanan ringkas (SMS) berita Harakah dan wawancara Suara Keadilan dengan imam itu.
Beliau menambah, Siasah tidak dihubungi secara langsung oleh Khairil Annas memaklumkan penafiannya, sebaliknya hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media semalam.
Sementara itu, organ rasmi PKR turut menyiarkan dakwaan imam kelahiran Sabah itu sedang mendapatkan penjelasan daripada wartawan-wartawannya berhubung perkara itu.
"Mungkin nanti ada kenyataan akan dikeluarkan," kata editor Suara Keadilan, Zulkiflee Anwar Haque petang ini.
Malaysiakini difahamkan imam itu sendiri tidak sepenuhnya yakin bahawa individu yang mengarahkannya itu adalah Khairil Annas.
Bagaimanapun beliau gagal dihubungi hari ini.
Sementara peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata beliau akan bertemu Ramlang esok untuk membincangkan tuntutan Khairil Annas.
Pegawai khas Najib menuntut agar ralat dua akhbar itu diterbitkan di halaman utama penerbitan itu.
"Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut," Khairil Annas dilaporkan berkata semalam.
pasal berganbar dengan saipol macam mana saudara???? kami nak tau gak
No comments
Post a Comment