Pelan Khairy Menjadi, Najib Masuk Jerat

a
Jika tiada angin masakan pohon bergoyang. Itulah yang berlaku apabila secara tiba-tiba Abdullah Hj Ahmad bertukar portfolio dari Menteri Kewangan I menjadi Menteri Pertahanan, dan Najib A Razak sebaliknya.

Secara amnya, Kementerian Pertahanan adalah lubuk duit yang mana banyak kontrak akan diluluskan di sini. Walaupun kita sedia maklum bukanlah Abdullah Hj Ahmad yang menguruskan Kementerian Kewangan, malah ia lebih banyak diuruskan oleh Nor Mohd Yaacob yang menjadi Menteri Kewangan II dan Gabenor Bank Negara. Abdullah cuma menjadi direktor 'cum' pak angguk atau cop mohor kepada apa yang dibuat oleh Nor Mohd Yaacob.

Sebab itu dalam banyak isu yang berhubung kait dengan ekonomi, ianya banyak dijawab oleh kedua-dua orang ini, tetapi bukan Abdullah. Seringkali kita lihat bagaimana Abdullah menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan begitu meleset malah seperti orang yang tidak tahu ekonomi langsung.

Ada beberapa faktor yang mendorong Abdullah bertindak bertukar-tukar portfolio dengan Najib. Antaranya:

1. Ekonomi negara yang dilihat begitu merosot disebabkan pelabur tidak menaruh keyakinan kepada kerajaan walaupun diberi insentif yang begitu besar untuk menarik mereka melabur di sini.

Kesan dari kemerosotan ini, Abdullah dipersalahkan dan menjadi bahan cemuhan dikalangan para ekonomis. Lihat sahaja kesan inflasi yang dirasakan oleh rakyat bawahan. Walaupun kerajaan menyatakan kononnya inflasi hanya di sekitar 4% - 6% tetapi hakikatnya adalah dua kali ganda dari yang dinyatakan.

Dengan meletakkan Najib di Kementerian Kewangan, Abdullah mungkin dapat berehat dari menjawab isu-isu ekonomi yang dijangkakan akan lebih teruk lagi. Oleh itu Najib dijadikan kambing hitam dalam isu ini.

2. Orang Umno menganggap Kementerian Kewangan adalah satu kementerian yang sangat berkuasa dan berkedudukan. Ini satu anggapan yang meleset.

Perhatikan sejarah sejak Malaysia merdeka, pada mulanya di zaman Abdul Rahman, Abdul Razak dan Husin Onn, jawatan ini tidak pernah diberikan kepada Menteri dari Umno. Cuma di zaman Husin Onn barulah diberikan kepada Umno iaitu Razaleigh Hamzah. Ini berlanjutan sehingga ke era Mahathir Mohamed.

Selepas Umno Lama pupus, Razaleigh Hamzah tidak diterima menjadi ahli Umno Baru, jawatan ini diberikan kepada Anwar Ibrahim Pada tahun 1997-1988 kemelesetan ekonomi yang melanda dunia memberi kesan kepada syarikat-syarikat besar di Malaysia di mana antara syarikat-syarikat itu termasuklah syarikat perkapalan milik anak Mahathir Mohamed.

Penguasaan total berlaku ke atas Kementerian Kewangan selepas Anwar Ibrahim disingkirkan dari Umno Baru kerana tidak membenarkan dana Petronas digunakan untuk 'bail-out' syarikat anak Mahathir. Justru itu Mahathir mengambil alih Kementerian Kewangan selepas memecat Anwar Ibrahim.

Di sinilah bermula era di mana Perdana Menteri mengawal semua kewangan negara.

Abdullah, setelah mengambil alih jawatan Perdana Menteri juga menyambar jawatan Menteri Kewangan semata-mata untuk mengkayakan anak-anak dan kroni-kroninya yang diambil kebanyakannya dari hasil Petronas.

3. Apabila pertukaran jawatan ini dilakukan dan berkuatkuasa dengan serta merta, Najib tidak akan berkesempatan untuk membetulkan rekod-rekod yang ada di Kementerian Pertahanan, di mana Anwar pernah mendakwa Najib mengambil komisyen dari pembelian jet Sukhoi dan kapal selam dalam jumlah yang sangat banyak.

Jika dilihat dalam press conference, raut muka Najib kelihatan tidak ceria apabila menerima jawatan menteri kewangan. Sepatutnya Najib akan seronok mengawal kewangan dari pada pertahanan. Kenapa? Apakah Najib tidak dimaklumkan beberapa hari sebelum ini untuk melepaskan kementerian pertahanan?

Kenapa ia berkuatkuasa serta merta? Ini dilakukan supaya Najib tidak boleh akses lagi kepada rekod-rekod di Kementerian Pertahanan yang mungkin akan memakan dirinya kerana Abdullah sudah mengawal Kementerian Pertahanan. Segala rekod akan diselongkar untuk menjerat Najib. Sebab itu Najib tidak ceria dan tergagap-gagap menjawab soalan wartawan!

Ternyata Najib sudah dijerat. Tetapi siapakah perancang disebalik permainan ini?

Dalam masa yang sama juga, Khairy Jamaludin mengumumkan akan bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Disember nanti. Mungkin ianya hanya kebetulan sahaja.

Khairy perlukan pencalonan yang mencukupi, untuk menjadi calon Ketua Pemuda Umno. Jika Abdullah masih memegang Kementerian Kewangan, dijangkakan Khairy sukar mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi untuk bertanding. Oleh itu sokongan Najib kepada Khairy diperlukan untuk merealisasikan hasrat Khairy. Sebelum itu Najib dilihat sudah membuat U-Turn mengenai peralihan kuasa.

Dilihat dari segala kebetulan itu, nampaknya Najib terpaksa menyatakan sokongan kepada pencalonan Khairy apabila semua rahsia dan rekodnya di Kementerian Pertahanan berada di dalam tangan Abdullah (baca: Khairy)

Siapa yang untuk dari permainan ini? Nampaknya permainan (pertukaran potfolio) ini nampaknya menguntungkan Abdullah dan Khairy, tetapi bukan Najib. Kerana Najib hanya dijadikan badut supaya Abdullah tidak ditentang dan dapat mengekalkan kerusi Presiden Umno tanpa bertanding dalam pemilihan Disember nanti.

Apa akan terjadi selepas Disember pula. Sama-sama kita tunggu!

No comments

Powered by Blogger.