Pulau Pinang tidak puas hati dengan Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap tidak puas hati dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan negeri ini kerana peruntukan yang diberikan tidak mencukupi berbanding dengan sumbangan cukai yang diberikan oleh rakyat.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dalam sidang media berkata, bagaimana pun Kerajaan Negeri terus berusaha meminta peruntukan lagi di samping akan menyenaraikan peruntukan di lima daerah yang ada di negeri ini.

Peruntukan yang diberikan selama ini terutamanya setelah Pulau Pinang diperintah oleh Pakatan Rakyat berjumlah RM1444.88 tahun 2008 meliputi ekonomi, keselamatan, pentadbiran dan sosial.

Menjawab soalan lisan Lim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohd Johari Baharom menjelaskan, peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada Pulau Pinang sudah memadai.

"Peruntukan yang diberikan tidak memadai dan meminta Dato' Jahari turun melihatnya sendiri bukan membaca di atas kertas sahaja, " ujarnya.

Daerah Barat Daya pada tahun 2008 berjumlah RM198.82 juta, Daerah Timur Laut RM192.95 juta, Seberang Perai Selatan RM51.39 juta, Seberang Perai Utara RM214.11 juta dan Seberang Perai Tengah berjumlah RM60 juta. Kesemuanya meliputi ekonomi, keselamatan, pentadbiran dan sosial.

Lim turut kesal dengan keputusan Kerajaan Pusat dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), semasa menambahkan peruntukan pembangunan sebanyak 15 peratus atau RM30 bilion daripada RM200 bilion kepada RM230 bilion tetapi telah mengurangkan peruntukan pembangunan Pulau Pinang yang bersifat 'People Centric' seperti Monorel, PORR dan pembesaran Empangan Mengkuang yang dianggarkan RM4.7 bilion.

Jelas Lim lagi, pemotongan peruntukan projek pembangunan sebanyak RM4.7bilion merupakan pengurangan sebanyak 80 peratus daripada peruntukan asal RMK-9 iaitu RM200 bilion kepada hanya RM1,452 juga atau 0.6 peratus kepada peruntukan baru pembangunan RMK-9 sebanyak RM230 bilion.

Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tindakan sebegitu jelas tidak adil untuk rakyat negeri ini kerana tidak setara dengan cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini.

Maka, menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan meneruskan semua projek yang telah dirangka demi kemajuan Pulau Pinang.

"Saya berharap Kerajaan Persekutuan dapat melaksanakan peruntukan yang telus dan tidak ada pilih kasih kerana rakyat Pulau Pinang juga rakyat Malaysia," ujarnya.

No comments

Powered by Blogger.