Undurlah

"a
Putrajaya, 17 September 2008: Langkah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih Kementerian Pertahanan disifatkan sebagai usaha terdesak beliau untuk mengekalkan kuasa menggunakan pengaruh tentera.

Kesatuan Melayu Muda melihat isu ini sebagai cubaan untuk melibatkan tentera ke kancah politik negara. Tindakan panik PM membuat 'barter trade' dengan Najib telah mengundang rasa curiga di kalangan rakyat marhaen kerana ia dibuat secara tergesa-gesa.

Kesatuan Melayu Muda menolak sebarang usaha untuk menjadikan Abdullah Ahmad Badawi seperti Jeneral Parvez Musharraf, sebaliknya Abdullah, atas dasar seorang 'gentleman' perlu meletakkan jawatannya dengan kadar segera kerana beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Di samping itu, sebilangan besar rakyat jelata mengharapkan peranan penting Majlis Raja - Raja dan Yang Dipertuan Agong dalam menangani ketidak stabilan politik yang timbul akibat sikap gelabah Perdana Menteri ini.

Sebagai peringatan, Abdullah dan parti UMNO diminta untuk mengekalkan keamanan yang sedia wujud dan tidak sesekali cuba untuk menimbulkan suasana huru hara di negara ini.

Nota: Abdullah dan Najib bertukar kementerian secara 'barter trade'. Ini bermakna mulai 17 September 2008 Najib adalah Menteri Kewangan manakala Abdullah pula Menteri Pertahanan.

Tindakan panik Abdullah ini telah mencetuskan situasi tidak terkawal di kalangan pelabur dan bakal mengakibatkan kejatuhan pasaran saham secara drastik di Bursa Malaysia, sekaligus ia boleh merencat ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim perlu mengambil alih kerajaan secepat mungkin bagi memulihkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.