YB Teresa Kok dan Papantanda Jalan
Saya tersalah faham dlm posting saya tempohari dlm menjawab isu yg dibangkitkan pengunjung. Saya ingatkan isu berhubung tulisan Cina dan Jawi di papantanda jalan adalah isu di Negeri PR! Sebenarnya ianya timbul di kawasan Parlimen Seputeh, Wilayah Persekutuan dan badan yang berkuasa adalah DBKL. Ianya telahpun berlaku. Keadaannya adalah seperti berikut:-
YB Teresa meminta tanda-jalan ditukar dari tulisan Melayu Rumi dan Jawi ke tulisan Melayu Rumi, Cina dan Tamil. Tulisan Jawi digugurkan. DBKL melakukannya dengan kadar segera.
Ini berlaku atas dua kemungkinan. Pertama, DBKL yang berada di bawah kawalan ketat kerajaan Pusat (tak satu pun ahli majlis dilantik oleh PR), menganggap bahawa tulisan Jawi tidak lagi releven. Ini tidak menghairankan kerana memang selama ini UMNO/BN telah menyumbang kepada usaha menghapuskan tulisan Jawi. Kedua, DBKL melihat ini sebagai peluang keemasan untuk menimbulkan isu di antara Melayu dan bukan Melayu!
Mengikut Dr. Lo’ Lo’, selalunya begitu sukar untuk MP mendapat apa2 kerjasama daripada DBKL. Walaupun 10 dari 11 MP adalah dari PR, namun DBKL merupakan kubu BN. Dato’ Bandar pun dari mereka. Tetapi berhubung permintaan YB Teresa, DBKL begitu cekap dan bertindak segera!
Orang ada yang marahkan YB Teresa. Dia buat ikut apa yang dia faham (atau tak faham). Dia minta apa yang dia anggap "sesuai". Persoalannya mengapa DBKL setuju? DBKL yang berkuasa! MP boleh minta apa yang dia nak tetapi tidak semestinya apa yang diminta dilaksanakan.
Kedua-dua sebab mengapa DBKL melakukannya seperti saya sebut tadi adalah merupakan sebab2 yang tidak boleh diterima. Sekiranya ada yang mengkhianati tulisan Jawi, ianya UMNO/BN melalui DBKL dan bukan Teresa. Pokoknya kalau di Negeri PR, PAS akan memperjelaskan isu ini dan mengapa tulisan Jawi dikekalkan. Silap2 hilang Pulau Batu Puteh pasal tak pandai baca Jawi?!!
Ciplak sikit joke Dr. Rani ADUN Meru:- Didalam teks khutbah dalam tulisan Jawi menyebut pentingnya rakyat memilih pemimpin yang komitted. Tetapi Khatib baca sebagai pemimpin yang kemetot!!
http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/09/yb-teresa-kok-dan-papantanda-jalan.html

No comments
Post a Comment