TARBIAH - malaysiakini


Antara sahutan yang lantang kedengaran sewaktu program induksi GAMIS PUSAT DAN GAMIS NEGERI berlangsung adalah sistem tarbiah kita perlu ditajdidkan.

Lemas dalam sistem tarbiah yang terlalu terikat, dan bosan bermain dengan teori-teori asbab kelembapan perluasan fikrah, rata-rata majoriti pendokong agama yang hadir tempoh hari, bersetuju silibus kita perlu dipragmatis kan seiring dengan visi GAMIS kepimpinan kali ini iaitu " Towards Producing World-Class Leaders"

Berkata mengenai pemimpin, tidak semestinya menjadi ahli politik , namun hasrat kita adalah untuk melahiorkan pakar-pakar dalam bidang masing-masng namun fungsi mereka bukan sekadar menjadi pakar yang tunduk kepada penjajahan pemikiran Barat, namun merejuvenasikan ilmu tersebut seiring dengan konsep prolegomena Islam.

Tun Mahathir adalah antara tokoh politik yang buikan sahaja licik, namun tidak dapat tidak, kita tidak mampu menafikan bahawa pemikiran beliau sememangnya berteraskan konsep andragogi yang profilik. Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun terdapat segelintir masyarakat masih prejudis dengan kesucian perjuangan beliau gara-gara pernah terjun ke lubuk najis UMNO dahulu, namun beliau pernah merupakan tokoh politik dan ekonomi yang bijaksana. Professor Emiritus Khoo Khay Kim, adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang sejarah. Begitu juga dengan Professor Ramlah Adam. Di sini saya senaraikan antara pakar atau dengan kata lain nama strategis atau Intelligence di Bidang ekonomi Malaysia :
1) Tan Sri Azman Mokhtar - Managing Director, Khazanah Nasional Berhad
2) Tan Sri Dr Zeti Akhtar - Gabenor Bank Negara
3) Tan Sri Mohd Hassan Merican - CEO Petronas
4) Datuk Seri Tony Fernandez - CEO Airasia Berhad
5) Datuk Seri Jamaluddin Ibrahim - CEO TM International
6) Tan Sri Lee Shin Cheng - Pengerusi IOI Corp BHD
7) SM Faizal SM Nasimuddin - CEO NAZA ITALIA Berhad
Pakar di Bidang undang-undang umpamanya seperti Dr Aziz Bhari, Prof Dr Marzuki , Prof Dr Nizamuddin dan banyak lagi.

Apabla berlaku sesuatu krisis ekonomi, atau politik umpamanya, setiap butir pandangan mereka umpama mutiara yang amat berharga.Pihak media berlumba-lumba mendapatkan analisa mereka.


Kita bercita-cita jika boleh ingin ahli kita menduduki tempat Tun Mahathir, atau paling tidak Porf Khoo Khay Kim. bertaraf negarawan, setiap pandangan sukar disanggah. Semua terpaku dan bersabar mendengar tutur pandangan seterusnya. Namun, acuannya adalah berpaksikan tarbiah. Tarbiah didikan Al-Quran yang disimulasikan dengan pemikiran kritis membaca waqie semasa.


Sekiranya serius ingin menukarkan Malaysia dinaungi Islam, maka kita harus bersedia melahirkan negarawan-negarawan Tarbiah. Tarbiah kita tidak hanya boleh bersifat silam atau ketinggalan serta lemah menghadapi cabaran dan saingan semasa. Pandangan Hassan Al- Banna, hujah Fathi Yakan dan pemikiran Sayd Hawwa dihadam dengan baik. Tidak salah mengambil iktibar namun kita harus membudayakan keperibadian kita dengan acuan Al-Quran - sentiasa berfikir.


Tidak salah sekiranya memperbaharui pandangan ulama silam sesuai dengan zaman kita malah Imam As-Syafie mengajar bahawa sekiranya ada pandangan yang lebih baik daripada pandangan beliau. maka utamakan pandangan tersebut. Buku Imam Al-Ghazali yang bertajuk Tahafit Al -Falasifah dibidas oleh Ibn Khaldun dalam buku bertajuk Tahafut bi tahafut. Malah siapa pernah lupa, dalam sirah kenabian Rasulullah sendiri tidak pernah menolak pandangan sahabat sekiranya pandangannya adalah lebih baih seperti yang terjadi sewaktu menstrategikan strategi Perang di Perang Khandak


Strategi dakwah dan pendekatan harus pragmatis. Menjejak realiti. Usrah kita jangan lagi hanya berteori dan berlegar-legar sekitar persoalan furu' dan tertutup, persoalan kecil seperti akhlak dan aqidah yang teranwang-awang dan tidak bersifat praktikal. Tamrin jangan hanya modul retorik yang kadang-kadang jauh benar dari realiti, Akibatnya, ahli yang lahir tidak bersedia.


Justeru untuk memacu gerak kerja ke arah membina daulah Islamiyyah, kita perlu realistik dengan keadaan semasa. Bagaimana hendak mentadbir negara sekiranya kepakaran yang diperlukan tidak dimiliki? Bgaimana hendak mencabar ideologi yang mengancam Islam sekiranya susr galurnya sahaj kita tidak pernah kenali? Bagaimana hendak meneutralkan dengan labelan ekstremis agama dan gerakan eksklusif sekiranya sosiologi masyarakat majmuk tidak difahami? Isu semasa kita tidak tahu, apatah lagi mengutarakan problem - solving ke arahnya.


Kita mengatakan Islam membawa cahaya ketamadunan kepada masyarakat, namun tidak bijak menerangkan bagaimana erti kehancuran ketamadunan. Kita hanya berkata kita wajib berdakwah berdasarkah hujah dalil dan hadith semata. Namun kita tidak kreatif menerangkan kewajiban kita bersungguh menggerakkan gerak kerja ppengislahan dan kefahaman Islam. Tekanan apa yang dan strategi apa yang digunapakai oleh musuh dunia Islam. Sejauhmana gerakan mereka mendasari sekarang. Kita mahu Islam kembali termartabat di dunia, namun kita malas mengkaji bagaimana ombak perubahan sejarah dunia berlaku.Kita marah gerakan feminisme lantang bersuara, namun kita menahan muslimat kita membisu untuk menyuarakan pandang balas sekaligus memberi penerangan. Beri hak bersuara pun tersekat-sekat.


Sudah sah berikrar mejadi pendokong, namun isu masalah hati masih lagi menjadi topik panas. Isu yang dibincang juga kembali pada soal pokok semula sebelum menjadi ahli. Wala' Thiqoh..semuanya bersuap. Bincang memperburukkan ahli lain, mengintai keaiban ahli sekaligus merenggangkan ukhuwwah ahli tiba-tiba menjadi agenda. Sibuk dengan agenda kurang bijak ini, maka rtiada masa mempersiapkan diri dengan idea-idea besar, membentuk pemikiran besar apatah lagi bersifat global. Tiada masa membaca buku atau lebih tepat lagi malas memikirkan bila waktu afdhal untuk membaca.


Cita-cita besar kita bukan kerana mahu mengaut keuntungan dunia semata, tapi nun jauh di akhirat. Kita tidak mahu maluj di depan Allah kerana tidak bersungguh berjuang ke arah mencapai matlamat.



Walaupun pahit, jujurnya kita kena akui majoriti ahli kitas berminda kelas ketiga dan dua.
Boleh jadi juga, ia menjadi muhasabah bersama, apakah ini sebabnya kemenangan kita lambat sekali dan tariknya Allah akan kemenangan sementara kita di Perak kerana Allah tahu kita belum bersedia?


Masih belum terlambat untuk kita memeriksa semula sistem tarbiah kita dan tamrin kita...

No comments

Powered by Blogger.