Perihal Makanan - malaysiakini



Apa akan terjadi jika kita lapar? Sudah tentu kita ingin makan. Makanan yang bagaimana menjadi pilihan kita? Seboleh-bolehnya makanan yang penuh khasiat yang disyorkan oleh pakar pemakanan supaya diet yang diperlukan sesuai dengan tubuh kita. Lapar akan menjadikan fikiran kita bercelaru, sistem dalam badan menjadi tidak normal dan kadangkala menyebabkan tindakbalas di luar dugaan dan seterusnya boleh memberikan kesan buruk yang berpanjangan.

Sedar atau tidak sebenarnya bukan jasad kita sahaja yang memerlukan makanan. Roh kita juga memerlukan makanan yang sihat supaya hidup kita terurus dan lancar. Para-para nabi, rasul dan ulama' bolehlah kita terjemahkan sebagai pakar 'pemakanan' bagi roh kita. Mereka telah bersusah payah berkorban tanpa mengenal jemu siang dan malam dalam menyediakan menu yang terbaik untuk roh kita.

Syaitan juga merupakan pakar makanan bagi kategori makanan yang busuk dan buruk. Justeru itu terpulanglah kepada kebijaksanaan kita dengan akal yang diberikan Allah swt untuk kita memilih atara makan yang baik atau buruk. Roh yang disajikan dengan makanan yang buruk akan memberikan kesan yang negatif dalam diri kita. Dan ia akan diterjemahkan melalui gejala sosial seperti perlakuan maksiat, rasuah, minum arak, derhaka kepada orang tua, sombong dan bermacam-macam perkara buruk. Maka pilihlah makanan yang terbaik buat jasad dan roh supaya kita sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dunia dan akhirat.

No comments

Powered by Blogger.