wa caya sama lu pas bukit gantang!- malaysiakini
Terima siapa saja jadi calon - PAS Bkt Gantang
PAS kawasan Bukit Gantang sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil parlimen tersebut 7 April depan. Yang Dipertuanya, Mohamad Nordin berkata, pihaknya telah menghantar senarai nama tersebut kepada pejabat agung PAS awal bulan ini. Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu jumlah calon yang yang dihantar itu atas alasan arahan dari PAS negeri.
"Boleh jadi empat atau lima nama, tetapi rahsia saya tidak boleh beritahu," katanya ketika dihubungi hari ini.Mohamad juga enggan memberitahu sama ada calon-calon tersebut merupakan pemimpin PAS dari kawasan Bukit Gantang.
Sementara itu, Setiausaha PAS kawasan Bukit Gantang, Zulkifli Hashim berkata, pihaknnya menerima siapa sahaja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti."Tidak perlulah kita sibuk-sibuk memilih calon kerana bukan kita yang membuat keputusan. "Siapa yang mereka putuskan, kita menerima sahaja," katanya.
Mengenai persiapan menghadapai pilihanraya tersebut, Zulkifli berkata, cawangan-cawangan PAS kawasan Bukit Gantang telah membuat persiapan awal. Katanya, ia termasuk memasang bendera PAS di tempat masing-masing."Kerja-kerja ini akan menjadi semakin rancak selepas hari penamaan calon 29 Mac ini. "Ketika itu petugas-petugas PAS dari luar Bukit Gantang sudah mula datang membantu jentera parti," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum awal bulan ini.Dalam pilihanraya umum lalu, wakil PAS itu mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohd Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno.
Tabik 'spring' dengan PAS. Sejak dari era penubuhan hinggalah sekarang, soal calon tidak pernah jadi isu dan ia nyata menimbul rasa cemburu dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat lain atau Barisan Nasional. Malah usaha mentarbiyah setiap calon menerusi konsep 'Baiah' bukan sahaja mencerminkan rasa tanggungjawab dan amanah pemimpinnya tetapi mampu menolak segala dakyah jahat termasuk usaha 'lompat parti'.
No comments
Post a Comment