bahana apabila lembu umno ada dalam kerajaan- malaysiakini

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, sepanjang bersama dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, beliau tidak pernah menyebut mahu menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama sebagaimana yang diinginkan oleh Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sebelum ini.

Sebaliknya, lebih kepada mengeratkan ikatan perpaduan harmoni menerusi agama bukanya menyamaratakan agama sepertimana yang dikatakan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya sewaktu berucap dalam majlis penyerahan Dana Zakat Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, apa yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan (Adun) Permatang Berangan itu berupa 'telahan kosong' untuk mencuri simpati rakyat kononya sikap itu membuktikan Parti Tindakan Demokratik (DAP) anti Islam dan memulakan kempen menghina Islam.

"Sepanjang pertemuan, sidang media dan sebagainya saya tidak pernah terdengan Lim Guan Eng menyebut mahu menubuhkan Majlis Perundingan Antara Agama sepertimana yang didakwa oleh YDP Maipp itu.

"Cuma yang terdengar ialah mahu mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara agama bukan bertindak menyama ratakan macam tindakan IFC, " terangnya ketika mengulas kenyataan Shabudin di muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam.

Kata beliau, tidak salah sekiranya Guan Eng berhasrat mengeratkan harmoni antara agama untuk kesejahteraan negara kerana melalui hubungan agama boleh menjalinkan perpaduan yang lebih jitu.

Tegas Ust Saleh lagi, langkah itu bagi PAS merupakan usaha murni kerana dalam masa yang sama Isam boleh menengahkan pandangan dan bersuara terhadap agama lain lebih-lebih lagi Islam menjadi agama rasmi negara ini.

"Melalui usaha itu Islam boleh melebarkan pengaruhnya kepada agama lain dan mudah-mudahan semakin ramai bukan Islam akan cenderong ke arah Islam apabila menilai kebaikan Islam secara menyeluruh, " jelas beliau.

Cadangan itu sambung beliau, pernah juga dikemukakan semasa kunjungan hormat Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang ke pejabatnya pada bulan April tahun lalu.

Katanya tuduhan Shabudin kononya Kerajaan Negeri telah menubuhkan jawatankuasa yang di dalamnya ada tiga orang melayu kononya untuk menuntut kesamarataan amat berat dan perlu diambil tindakan segera.

Justeru itu, PAS Pulau Pinang menasihati YDP Maipp terlebih dahulu memahami cadangan yang dimaksudkan oleh Lim itu sebelum mengeluarkan kenyataan yang nyata bermatlamat mengotorkan pandangan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

"Apa pun sebelum menyeluarkan kenyataan pastikan betul-betul ianya berlaku bukan andaian dari jauh sahaja, " tambahnya.-

No comments

Powered by Blogger.