Kes Dakwaan Rasuah MB Selangor - Khalid selesa! - MALAYSIAKINI


KES RASUAH yang melibatkan MB Selangor nampaknya makin menarik perhatian ramai. Bermula dengan dakwaan mengagihkan 46 ekor lembu kepada rakyat di kawasan Parlimen Tun Razak yang diwakilinya, membawa kepada penggunaan peruntukan untuk membiayai penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau telah diungkitkan oleh Umno BN Selangor yang dikepalai oleh Dr Khir Toyo sendiri.

Tan Sri Khalid dengan nada tegas menyatakan "ini manusia tak boleh digertak" dihadapan kira-kira 5000 orang di satu majlis pada 20 Februari lepas.

Ramai mendakwa bahawa ketegasan Khalid itu ada asasnya dan itu adalah isyarat bahawa beliau akan membuat serangan balas.

Terbukti apa yang disangkakan itu benar sejak akhir-akhir ini apabila satu demi satu kes dakwaan rasuah yang melibatkan Dr Khir Toyo didedahkan kepada umum. Dimulakan dengan pemberiaan jam mewah berharga RM160,000 (walaupun selepas itu dihantar balik oleh Khir Toyo), dan yang terbaru Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Khalid sedang menyiasat satu kes pembelian pangsapuri di Arab Saudi yang mempunyai kepincangan dari segi urursniaganya. Khalid mendakwa pangsapuri tersebut dibeli atas nama Dr Mohd Khir Toyo, bekas MB Selangor.

Ternyata kini Tan Sri Khalid berada dalam posisi selesa, dan sedang 'menyerang hendap' musuhnya dari segenap sudut. Khir Toyo tentunya sedikit kelemasan apatah lagi sehingga sekarang ini sebanyak puluhan dakwaan kes rasuah yang membabitkan Khir Toyo sedang didedahkan satu persatu kepada rakyat.

No comments

Powered by Blogger.