Elaun percutian Exco Perak ditarik balik ? -malaysiakini
TELUK INTAN: Elaun percutian tahunan sebanyak RM20,000 seorang kepada enam anggota exco kerajaan negeri Perak akan ditarik balik untuk digunakan bagi mengatasi masalah rakyat, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.
Menurutnya adalah tidak wajar peruntukan sebanyak RM120,000 itu digunakan sebagai elaun percutian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.
"Wang berkenaan sebaliknya digunakan untuk mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Hilir Perak hari ini.
Zambry juga berkata kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat exco di setiap daerah di negeri itu secara bergilirgilir bagi membolehkan semua anggota exco memahami lebih mendalam masalah rakyat di peringkat akar umbi. BERNAMA
bro...lu cakap wa manyak tak caya...umno haram nak selamatkan duit rakyat? kakakakakakaka......muntah hijau aku dengar....geli anak tekak!!!!
No comments
Post a Comment