Nizar serah kediaman rasmi MB Perak tetapi simpan kereta rasmi



IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, secara rasmi menyerahkan kunci kediaman Menteri Besar di sini, hari ini, selepas lima hari beliau bertindak mengosongkan kediaman itu Ahad lalu.

Bagaimanapun, beliau masih enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri, Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10, dengan alasan kereta ia sebagai simbolik perbicaraannya untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah belum selesai.

Penyerahan kunci kediaman dilakukan oleh Pegawai Khas Mohammad Nizar, Amran Harun, kepada Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 1.20 pagi tadi.

No comments

Powered by Blogger.