Bagaimana menghalau jin? - malaysiakini
Ketika manusia dan para remaja yang jauh dari tuhan menghabiskan malam minggu dengan jutaan dosa dan noda, menyediakan diri sebagai bahan bakar api neraka…, namun, di satu sudut dunia ini, masih ada yang sayang pada Tuhan, sayang pada diri sendiri, dan sayang pada ummat.., yang mana mereka sedia menghabiskan malam minggu dengan menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lantas sibuk bermunajat pada Allah Tuhan sekalian alam, dan dalam ruang yang gelap itu, ada syair sedu sedan, dan ada air mata yang tumpah ke atas sejadah.., membasuh dosa-dosa, dan sempat bertaubat untuk dosa orang lain…
Mereka adalah antara golongan yang sedang belajar menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur yang empuk, datang beriktikaf di Rumah Allah, dengan niat mencari keredaan Allah dan mengharap agar kemurkaan Allah pada ummat, dapat diredakan dengan menghidupkan kembali amalan kekasih Allah pada malam muda mudi dan para remaja yang jauh dari tuhan menghabiskan malam minggu dengan jutaan dosa dan noda, malam muda mudi dan para remaja yang jauh dari tuhan menyediakan diri sebagai bahan bakar api neraka…, lantas sekali lagi, dalam ruang yang gelap itu, ada syair sedu sedan, dan ada air mata yang tumpah ke atas sejadah.., membasuh dosa-dosa, dan sempat bertaubat untuk dosa orang lain…
Kalau korang teringin nak jumpa mereka, atau korang takde aktiviti waktu malam, jemputlah pada setiap malam minggu datang bermalam di masjid Sri petaling Kuala Lumpur, atau masjid Kubang Bujuk di Terengganu, atau Masjid Mat Kilau di Kuantan atau mana mana masjid terpilih di seluruh Malaysia, (ada di semua negeri) dan juga mana-mana Masjid masjid terpilih di seluruh dunia (ada di semua negera)… inysyAllah…
Aku kadang-kadang cuba ikut jejak langkah mereka, sebab ada hadith yang di riwayatkan oleh hazrat Asma r.a, bagitahu pada hari akhirat kelak, sebelum hisab bermula, akan terdengar satu seruan yang menyeru mencari siapakah yang menjauhkan lambung kanan mereka dari tempat tidur yang empuk lalu sibuk beribadat, dan akan dipimpin untuk masuk shurga tanpa hisab…
Tapi aku? Baru ¼ hadith tu aku amal ‘kot’, iaitu aku berjaya menjauhkan lambung kananku dari dari tempat tidur yang empuk di rumah, tapi sampai di masjid, aku mendekatkan pulak lambung kananku pada lantai masjid, terlelap sampai subuh! Hampeh betul!!
Apa-apapun, ada banyak faedah bila joint puak-puak ni, sebab mereka adalah antara khazanah dunia yang ajaib, apatah lagi mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari Ulamak kepada ustaz, dari Profesor Universiti hinggalah pejalan kaki, dari doctor hingga pawang, dari kulit hitam kepada kulit sawo matang, dari orang kaya sehinggalah si fakir, dari bangsa Arab sehinggalah bangsa India, dari Mualaf sehinggalah buzruko, pendek kata, semua datang berkongsi dulang dan ruang untuk beriktikaf mencari keredahaan Tuhan, dan sebelum sepertiga malam menjengah, ada antara mereka melepak sekejap di kedai kopi sambil minum teh tarik di warung sekitar masjid, dan dapatlah aku belajar sesuatu yang baru tentang kaedah menyelamatkan dunia dari pelbagai sumber..
Maka, dari warung kedai kopi itu, tertulislah cerita hari ini…
15 KAEDAH BAGAIMANA MENGHALAU JIN…
Selain aku ini yang dikenali sebagai bukan seorang ustaz atau ulamak atau kial, aku jugak nak mengaku bahawa aku ini bukan ‘Pak puncak’, dan aku juga bukan bomoh, bukan dukung atau pawang, dan aku belum pernah ada pengalaman yang terlalu mistik, belum pernah muncul dalam dokumenteri “Misteri Nusantara” dan belum jugak pernah joint Uncle Seekers cari hantu…
Setelah penafian demi penafian dibuat, masih ada antara korang yang dah buang tebiat pulak untuk mintak tolong aku halau hantu dan jin? Aku tahu, korang terlalu ‘sangka baik’ dengan aku, tapi ‘sangka baik’ korang tu hanya dapat bertukar kepada ‘Nasib baik’, sebab aku bukan kaki paw, kalau tak.. masuk lagi Harian Metro cerita ‘bomoh’ rogol bini orang.., Naduzubillah.., Arggh, malas aku nak membebel tengah hari buta begini, Baik korang email Ustaz harun din ke, Uncle Seekers ke, Zainal Abidin Misteri Nusantara ke, atau Tamar Jalis.. tak gitu?
Bukan apa, merujuk masalah ‘hidup mati’ kepada yang bukan ahlinya samalah bahaya seperti merujuk masalah ‘riba’ kepada ‘Along’, atau merujuk masalah tak puas bersetubuh kepada bomoh yang air naik kepala dan lain lain..
Namun, walaupun aku bukan ustaz atau bomoh, ada jugaklah aku belajar serba sedikit bab bab bagaimana nak menghalau jin, bolehlah aku amal untuk diri sendiri dan korang yang lebih arif, bolehlah tambah apa yang patut.., aku belajar nipun dengan secara tak langsung dekat kedai kopi dengan bomoh dan pawang yang tidur kat masjid dan beberapa pendakwah yang juga bermalam di masjid sebelum mereka berqiamulai.., insyAllah..
* *
Secara asasnya, cara terbaik menggelakkan diri daripada gangguan jin adalah dengan mewujudkan kekuatan dalaman yang terkuat, yang mana di kenali sebagai ‘FIKIR NABI’.., orang yang ada Fikir Nabi, insyAllah, telah mendapat perisai rohani yang kuat..,
Sebelum tu, aku cerita sikit pasal jin yang aku dengar dengar dari warung sekitar masjid tu..
* *
Jin ini makhluk yang IQnya rendah sikit, jadi senang kena tipu, dan kasihan jugak kat Jin sebab selalu jadi mangsa keadaan, bomoh tipu dia suruh masuk dalam badan orang lain, kalau tak masuk kena pukul, lepas tu dah masuk badan orang lain, ustaz pulak halau jin sambil pukul jin tu, lepas tu balik jumpa bomoh kena pukul lagi, lepas tu masuk balik badan orang dan kena pukul pulak oleh ustaz.., kasihan kat jin, hidup kena pukul kiri kanan, Kadang Kadang ada si penghalau jin, ‘tipu’ jin tu supaya keluar dari badan mangsa, ugut macam-macam, reverse psychology dan sebagainya.., last last jin tu kena tipu kiri kanan.., kasihan jin.. dahler kena tipu, lepas tu kena pukul, akhir sekali, bila jin tu mati kena pukul pulak dengan malaikat sebab menyusahkan orang..,
Kasihan kau jin, (geleng kepala sambil hirup teh tarik..)
Sambung balik,
Sebenarnya, ada banyak jugak hadith cerita kisah manusia bunuh jin, kisah sahabat Nabi pukul ular lantas ular tu mati terbakar sebab ular tu jin, dan jin mati menjadi api kerana mereka di buat dari api dan kita mati menjadi tanah sebab kita berasal dari tanah..
Pendek kata, mengikut hukum Islam, adalah menjadi satu kesalahan dalam akta penjelmaan jin ke alam manusia, yang mana jika jin menjelma ke alam manusia, maka hukum bunuh untuk jin itu adalah halal, jadi korang tak payahler takut jumpa Puntianak ke, Puaka Niyang Rapik ke, Keliwong ke, dia jelma, terus korang tetak dengan parang, biar mati terbakar.., apa nak takut dengan makhluk yang tidak sesempurna manusia?
Malahan, Jin tu sebenarnya jauh lebih takut kepada manusia, sebab tu jika jelmapun jauh jauh, duduk atas pokok, belakang rumah, atas bumbung, itu pun beberapa saat atau just bunyi suara perasan seram, aku cadangkan, kalau korang ada senapang korang boleh tembak terus, atau boleh paku dahi si puntianak tu.., dah toreh KM, kat perut dia, (Km bermaksud keretamayat-apa-apalah!)
Cuma yang jadi masalah adalah apabila jin tu masuk dalam tubuh manusia, nak bunuh jin tu waktu tu akan mengorbankan pulak nyawa manusia yang di rasuk.., jadi kita akan pergi pada perkara perkara atau beberapa peralatan yang boleh digunakan dalam menghalau Jin yang jahat.. insyAllah..
1) Al Fatihah.
Banyak kelebihan yang tertulis dalam hadith bab surah Al fatihah ini, baca dengan Bismilah bersambung dengan ayat pertama dan baca ayat seterusnya sehingga cukup 7 ayat, bersamaan 7 nafas, hembus pada air, dan minum.. insyAllah jin akan keluar..
Aku pernah demam, 2 hari, datang 5 orang kawan aku baca surah ni dan hembus pada air, automatik aku dah sihat dan boleh bersetubuh dengan bini aku malam itu, semua nikmat datang dari Allah..
2) Ayat Qursi
Kata seorang bomoh yang tinggal di kemaman pada aku, apabila kita terjaga pada waktu malam dan terasa seram atau mengalami mipi ngeri, korang kena buat isyarat ludah sebelah kiri, beristigfar dan sambung tidur balik (jangan ludah betul) dan sekiranya, masih bermimpi, baca Ayat Qursi 41 kali, dan sambung tidur, jika masih bermimpi ngeri, itu bermakna tempat tu keras, baca lagi ayat Qursi 41 kali, dan tidur dan jika mimpi jugak, ulang baca ayat Qursi 41 kali sampai kau menang.., tapi jika korang nak jimat masa, korang beralih tempat tidur terus, tak payah nak berebut tempat dengan jin, tak daya aku nak baca ayat Qursi 41 kali malam malam buta.. tak gitu?
7 ayat Qursi yang di baca dan dihembus pada semua arah, atas bawah, kiri-kanan, dan satu telan, juga akan menguatkan pertahanan, insyAllah..
3) 3 surah terakhir Al quran
(Al ikhlas, Al Falaq, Al Nass)
Baca 3 surah terakhir dalam Al quran ini, dan tiupkan pada tapak tangan, sapu tangan pada semua anggota tubuh dan tidur.. dapat mengelak sihir dan dapat menutup laluan jin ke dalam tubuh.. (semua dengan kuasa Allah)
4) Yassin
Baca Yassin juga boleh mendapat kekuatan rohani.., hembus pada air dan bagi pesakit minum.., insyAllah..
5) Manzil
Ini antara yang paling mujarab setelah di ceritakan oleh banyak pengelaman, ayat Al quran yang disusun dari hadith Imam Ahmad, Hakim, yang mana di riwayatkan oleh hazrat Ubai Ibnu Kaab r.a , dan korang boleh baca detail hadith ini dalam kitab Hayatul Sahabah susunan Maulana Yusof, pada jilid ke 3 lembaran 374,
Jadi, baca pada air, renjis di sekitar rumah dan baki bagi minum satu keluarga, dua orang jiran aku pernah kena, malam malam ada lembaga kacau, dan setelah dibuat amalan manzil ini, semua selasai, syukur pada Allah..
Oh, ye, Buku manzil boleh di beli dengan harga RM 2.50, senang korang baca sebab dah susun dalam buku kecik..
6) Minyak wangi
Anak kawan aku di Selangor, menangis tak henti henti waktu malam, dah beratus ratus ringgit duit di habiskan untuk berubat.., satu hari, jumpa ahli iktikaf masjid, diapun datang baca ayat lebih kurang sambil sapu minyak wangi kat badan budak tu, terus baik.., moralnya adalah, minyak wangi adalah bau yang di sukai Nabi dan merupakan sunnah Nabi, jin pulak suka pada asap atau bau kemenyang, maka dalam setiap sunnah nabi ada Nur, yang mana boleh menghalau jin jahat.., insyAllah..
7) Kayu Sugi
Balik pada Rahsia Nur Sunnah Nabi, setengah orang rasa kotor tengok kayu sugi tersembur keluar daripada pokot kanan ahli iktikaf, tapi kawan aku cerita, dia pernah berubat dengan cara masukkan kayu suginya itu kedalam mulut pasakit, tonyoh tonyoh sikit kiri kanan atas bawah, jolok jolok sikti, jin tu terus keuar dari badan pesakit, mungkin jin tu rasa kotor atau sememanya Sunnah nabi yang ada Nur itu buat jin itu tak senang duduk.., semua dalam kuasa ALlah..
8) Serban hitam,
Biasa orang pakai macam ni, Belum tiba kat pesakit, jin dah blah, balik kepada rahsia Nur dalam Sunnah Nabi tadi, lu fikirlah sendiri.., tapi kalau pakai naik motor kena saman..
9) Celak, Jubah putih dan lain lain accessory....
Jin takut bertentang mata dengan orang yang pakai celak dengan niat ikut Sunnah.., Rujuk point no 8 tadi dan yakinlah bahawa dalam setiap Sunnah Nabi ada kejayaan..
10) Fikir Nabi
Ini satu lagi perisai jin yang terbesar dalam hidup, orang yang ada fikir Nabi akan selamat di alam manusia serta di alam jin, alam kubur dan alam akhirat juga akan selamat.. inyAllah, maka korang kenalah belajar fikir risau macam nabi fikir..
Nabi fikir yang paling asas adalah : bagaimana semua orang Islam boleh solat berjemaah, Semua orang kafir masuk Islam dan semua orang Islam amal ugama yang sempurna, dan dari fikir risau cara nabi Muhammad SAW, akan datang ILMU dan HIKMAH dari Allah..
Selamat belajar Fikir cara Nabi..
11) Sabar
Jin akan kalah dengan sabar, dalam proses menghalau jin banyak nak kena sabar, sebab jin akan kuat bila pesakit marah, bernafsu, buingung dan lalai.., begitu jugak si penghalau, banyak nak kena sabar, tundukkan nafsu dan berzikir.., ni nak kena belajar lagi pada ustaz yang ada pengalaman.., dan jin akan mudah masuk pada manusia, yang marah, ghairah, lalai dan bingung.. ingat tu!
12) Ahli Tarikat
Bagus jugak dalam proses menhalau jin, lantik seorang ‘ahli tarikat’ untuk bantu rohani kita dengan duduk bertawajuh pada Allah di satu sudut, biarkan dia berzikir dan bermunajat sementar kita halau jin tu.., insyallah, proses pengusiran akan lebih cepat berlaku..
13) Botol Kicap
Nabi Muhammad SAW pernah tangkap jin dan nak ikat kat tiang masjid Nabawi, tapi Nabi tak buat sebab terkenangkan jasa Jin pada Nabi sulaiman a.s, maka korang yang dah berjaya tangkap jin, tak payahler nak simpan dalam telur ke, dalam botol ke, sebab sunnah tangkap jin bukanlah di kurung si jin tu, cubalah islamkan si jin.. itu Sunnah Nabi, dan itu fikir Nabi Muhammad SAW..
14) Dakwah
Masa halau jin tu, kena niat dakwah, sampaikan kalimah iman padanya, banyak cerita tentang 6 perkara, iaitu iman, ibadat, ilmu, akhlak, niat dan takazar.., insyallah, korangpun akan dapat pahala lebih bila jin tu masuk islam..
15) Reverse psychology
Last, korang kena pandailah nak pujuk si jin ni suruh dia keluar, mungkin jin ni akan mintak syarat yang pelik pelik, nak ayam hitamler, nak darah anjing tompok putih ker, nak kuku warewolf ker, tak payahler ikut, cakap kat jin jika kau nak semua benda tu, mintak kat Allah, akupun nak kena mintak dengan Allah, kena pandai lah Reverse psychology sikit.., sebab jin suka lawan cakap secara opposite dengan manusia, suruh keluar-tak nak, maka apa kata korang larang pulak jin tu keluar, sebagai contoh:
Manusia: “Kau jangan keluar!”
Jin: “Eh, apa pulak bang?, tak pernah orang suruh saya tak keluar..”
Manusia: "Kau duduk dalam tu sampai mati, kalau kau keluar, aku tikam kau dengan keris hitam bersepuh emas"
Jin: “Eh bang, tak bestler camni, bukan best duduk dalam badan manusia lama-lama, bagiler saya keluar“
Manusia: “Tak boleh, kau nak duduk sangat, duduk dalam tu sampai mampos, padan muka kau! Ha ha“
Jin: “Tolong bang, saya nak keluar ni, tolongler jangan tikam saya”
Manusia: “Baik, jika kau nak keluar, kau keluar senyap senyap, jangan bising-bising,”
Maka, Jin itupun keluar dan tidak kembali lagi..
Boleh gitu?
Woha!
Selamat beramal!
No comments
Post a Comment