mana balaci umno? kenapa senyap? takut?- malaysiakini

KOTA KINABALU 26 FEBRUARI - Keputusan Kerajaan Sabah menggunakan kereta Volvo bagi menggantikan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan sejak awal tahun ini adalah berpunca daripada kos penyelenggaraan kenderaan tempatan itu yang tinggi.

Ketua Menteri, Musa Aman berkata, hanya 12 kereta Volvo digunakan oleh jemaah Menteri Kabinet Sabah manakala pegawai tertinggi kerajaan lain masih lagi menggunakan Proton Perdana.

“”Kenderaan itu hanya digunakan menteri dan pembantu menteri negeri anakala semua pegawai kanan termasuk setiausaha tetap kementerian kekal menggunakan Proton Perdana,” katanya.

Musa berkata, sebab lain kerajaan negeri menggunakan kereta asing itu ialah harganya yang hampir sama dengan Proton Perdana selain kos penyelenggaraan lebih rendah.

Katanya, pengimportan kenderaan berkenaan diurus oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri, Angkatan Hebat Sdn. Bhd.

Langkah Kerajaan Sabah menukar kereta rasmi dari Proton Perdana kepada model lain buka buatan tempatan dilihat, mengikuti langkah Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat dan Kerajan Negeri SelangorPakatan Rakyat kepada Model Toyota Camry.


puihhhhhh!!!!!!!!! cakap berapi.... rupanya penakut....jumpa pemuda umno, hang ludah je..

No comments

Powered by Blogger.