jangan ingat pemuda umno sahaja yang tahu istilah hilang sabar

Tindakan Pemuda kerana terlalu marah - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Umno yang menemui dan menuntut Pengerusi DAP Karpal Singh memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka di Parlimen semalam adalah akibat kemarahan yang tidak dapat dibendung, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, kemarahan mereka adalah akibat provokasi berulang kali oleh Karpal yang menghina Pemuda dengan memberi gelaran seperti "celaka", "gangster" dan "mafia" di samping tidak menghormati institusi raja-raja.

"Apa yg berlaku semalam membuktikan (apa yang boleh berlaku) bila emosi kemarahan tak dapat dibendung dan dalam keadaan seperti itu lebih mudah untuk membakar semangat supaya semuanya huru hara, daripada membendung keadaan," katanya kepada kepada pemberita selepas mendengar ucapan bertajuk "Belia untuk Keamanan Dunia" oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Persidangan Belia Antarabangsa mengenai Keganasan di sini.

Semalam, perkarangan bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berhimpun untuk menuntut anggota Parlimen Bukit Gelugor itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan "celaka" terhadap mereka pada satu perbahasan persidangan Dewan Rakyat.

Keadaan bertambah kecoh apabila beberapa orang Anggota Parlimen masuk campur, membawa kepada insiden tolak menolak sesama mereka.

Hishammuddin berkata, beliau sudah menghubungi Pemuda Umno yang terlibat dan mereka akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Keistimewaan Parlimen.

"Saluran tertentu sedia ada dan saya ikut sistem dalam hal ini. Pemuda yang terlibat sudah saya hubungi dan mereka akan bertanggungjawab di atas tindakan mereka itu," katanya dan menambah beliau sendiri sanggup bersama-sama mereka jika perlu, walau pun sekiranya perkara itu terpaksa dibawa ke mahkamah.

Apabila ditanya sama ada Pemuda Umno akan meminta maaf di atas kejadian itu, Hishammuddin berkata isu itu tidak timbul langsung.

Sementara itu, Umno Selangor dan Pulau Pinang hari ini mempertahankan tindakan Pemuda Umno yang mendesak Karpal Singh supaya memohon maaf.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, Pemuda Umno berhak membantah terhadap provokasi Karpal yang menunjukkan perangai biadab terhadap orang Melayu.

Dalam satu kenyataan, Muhammad yang juga Ketua Penerangan Umno, berkata Karpal sewajarnya lebih faham adab dan adat resam penduduk berbilang kaum di Malaysia.

Di Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata Karpal perlu memohon maaf kerana menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab terhadap dua butir peluru yang dihantar ke rumah Pengerusi DAP itu.

"Keceluparan Karpal sudah melampaui batas dengan menggunakan istilah yang cukup jijik terhadap Pemuda Umno yang jelas menggambarkan beliau sebagai orang yang tidak menghormati orang lain," katanya.

Di Alor Setar, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyifatkan Karpal sebagai pengecut dan tidak bertanggungjawab kerana gagal mengemukakan bukti dalam tempoh 24 jam seperti yang dituntut oleh Pemuda Umno untuk membuktikan bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

"Dakwaan Karpal Singh di Dewan Rakyat sebenarnya adalah satu rekaan serta fitnah," katanya sambil mengingatkan Karpal supaya menghentikan provokasi serta tuduhan liar kerana ia boleh menyebabkan seluruh 700,000 anggota pergerakan itu hilang sabar. BERNAMA


dari dulu lagi pemuda umno memang celaka!

No comments

Powered by Blogger.