'Pernah kita maki dia Singh celaka?': Reezal

SHAH ALAM: "Pernah kita maki dia Singh celaka. Bayangkan

bagaimana orang Singh rasa Singh celaka."

Itulah kata-kata anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican, bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang kelmarin menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka".

Selain menggunakan perkataan itu semasa satu perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat, Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu juga menuduh Pemuda Umno bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Reezal Merican berkata, Karpal tidak sepatutnya berselindung di sebalik undang-undang atau kekebalan sebagai wakil rakyat untuk menuduh dan menghina Pemuda Umno.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, pula berkata Pemuda Umno merasa kecewa dengan tindakan Karpal kerana sebagai seorang yang sudah lanjut usia, beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda.


ORANG CAKAP PEMUDA YANG CELAKA...AWAT HANG CAKAP SAL KAUM LAK!
PARTI LAWAN PARTI LA NGOK!

No comments

Powered by Blogger.