Sivakumar dakwa siasatan SPRM hina DUN Perak -malaysiakini



IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mendakwa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengambil keterangannya petang ini sebagai gangguan kepada Speaker dan penghinaan terhadap DUN negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lebih tiga jam memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM berhubung keputusan menggantung Menteri Besar dan Exco daripada menghadiri sidang DUN, baru-baru ini.

Kedua-dua pegawai SPRM itu menemui Sivakumar jam 6.20 petang tadi di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.

No comments

Powered by Blogger.