MUNAJAT DI KEDIAMAN MB PERAK



Subuh tadi telah diadakan solat hajat Perdana di kediaman Rasmi Menteri Besar. Program bermula kira kira jam 4.30 pagi. Ramai hadirin telah tiba sekitar jam 3.30 pagi.Ada yang tak balik darhrib malam tadi.


Solat hajat ini telah dipimpin oleh Al Fadhil Tuan Guru haji Husin Lubuk Tapah dan Hj Ahmad Mustafa ADUN Demit Kelantan. Keduanya telah tiba sejak magrib malam tadi. YAB DS Nizar turut berada di Majlis tersebut kira kira jam 4.15 pagi.


Hari ini dijangka kediaman rasmi akan diserahkan kembali sebagai menghormati arahan rasmi SUK. Di fahamkan SUK telah mengarahkan pengawalnya mengambil alih kawalan pintu sejak beberapa hari lalu. Mereka juga difahamkan telah berusaha untuk masuk ke kediaman rasmi sebelum ini tetapi di halang oleh anggota Amal yang bertugas. Apa pun semua kereta exco telah di ambil kecuali kereta rasmi Menteri Besar- AGS 10. Bermula esok pastinya kediaman rasmi akan menjadi kawasan larangan untuk rakyat jelata.

Semoga Munajat yang ditunaikan tadi akan memberi kekuatan dan pertolongan kepada kepimpinan kerajaan pimpinan YAB Nizar serta seluruh pendokong kebenaran dan keadilan. Kerja jahat umNO pati akan dibinasakan oleh Allah terutama konspirator yang telah saya senaraikan sebelum ini seramai 10 orang.-anaksengat blogspot com

No comments

Powered by Blogger.