akhbar pengampu semua memuji PPSMI
Dua hari lepas saya dah menjangkakan hampir semua akhbar perdana akan menyiarkan bahawa keputusan SPM 2008 tidak menjejaskan PPSMI.
Misalnya komen dari Ketua Pengarah Pelajaran....
Keputusan peperiksaan itu juga menunjukkan peningkatan kelulusan dalam Sains dan Matematik, sekali gus membuktikan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar.
Mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata prestasi calon bandar dan luar bandar serta pada peringkat nasional bagi mata pelajaran itu terus meningkat.
Subjek Sains mencatat kelulusan 91.2 peratus berbanding 87 peratus pada tahun sebelumnya, manakala Matematik 77.5 peratus berbanding 75.8 peratus pada 2007.
Benarkah begitu? Jika PPSMI tidak menjejaskan keputusan SPM tahun malah meningkat sila umumkan berapa gred markah lulus, kepujian dan cemerlang untuk subjek sains dan matematik? Adakah pihak Kementerian Pelajaran bersedia mendedahkannya? Jika tidak maka tidak mustahil markah dan gred subjek matematik dan sains telah dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu. Terutama untuk terus menghalalkan pelaksanaan PPSMI yang mendapat tentangan daripada pelbagai pihak.
angkasanuri

No comments
Post a Comment