Umno Hilang Fokus
A Samad Said nafi dia diperalat dalam isu PPSMI. “Saya bukan diperalat tetapi dimanfaat”, demikian katanya. Diperalat atau dimanfaat, itu bukan isunya kerana isu sebenar ialah ‘apa’, bukannya 'siapa'.
Hairan, mengapa ‘siapa’ yang dijadikan fokus? Mengapa tidak ‘apa’?
‘Siapa’ diserang kerana kononnya ‘siapa’ diperalat. ‘Siapa’ yang memperalat dan ‘siapa’ yang diperalat menjadi tumpuan. Tumpuan itu menenggelamkan ‘apa’.
Sama ada ‘siapa’ itu A Samad Said, Hassan Ahmad, Shahrir Mat Zain, Abdul Hadi Awang, Kamarudin Jaafar atau selain mereka, ‘siapa’ itu menyampaikan hasrat hati mereka dan hasrat hati sebahagian besar rakyat Malaysia.
Hasrat hati itulah ‘apa’. ‘Apa’ itu ialah mansuhkan PPSMI.
Yang memberi nilai dan makna kepada ‘siapa’ ialah ‘apa’. Kalau ‘siapa’ yang besar memperjuangkan ‘apa’ yang kecil, ‘siapa’ akan turut menjadi kecil. Namun ‘siapa’ yang berasa dirinya mulia tetapi memperlekeh ‘apa’ yang mulia, ‘siapa’ yang mulia itu akan jadi hina.
Katakan A Samad Said benar diperalat, itu tidak menjejaskan dirinya atau wibawanya sebagai Sasterawan Negara kerana dia berjuang ‘apa’ yang besar. Bukan sekadar ‘apa’ itu besar pada penilaian dirinya sahaja tetapi besar juga pada pandangan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Malah ‘apa’ yang besar yang diperjuangkan itu menjadikan ‘siapa’ itu bertambah mulia dan dihormati. A Samad Said tidak jadi hina kerana bersama PAS dalam isu PPSMI. Kalau dia dipandang hina oleh Umno, itu bukan bermakna Umno lebih mulia daripada A Samad Said tetapi kerana Umno salah menilai sesuatu yang mulia.
Hari ini, rakyat meletakkan A Samad Said disinggahsana hati mereka. Sebelum ini hanya mereka yang menyelami dunia sastera sahaja yang mengenali, menghormati, menyanjung beliau tetapi kini petani, nelayan, tukang kebun dan mereka yang buta sastera pun memuliakan A Samad Said.
Mengapa A Samad Said menjadi mulia? Tentu kerana dia berjuang ‘apa’ yang mulia.
Umno pula semakin hari semakin terpinggir dari sudut hati rakyat. Umno menjadi semakin kecil bukan kerana rakyat tidak kenal Umno tetapi kerana Umno telah menghina perjuangan ‘apa’ yang mulia.
Umno sewajarnya fokus kepada ‘apa’ dan bukannya ‘siapa’.
http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments
Post a Comment