berlakon pondan: matlamat tidak menghalalkan cara!

OHBULAN! berulang kali membaca artikel terbitan Harian Metro (Duit lakon pondan haram) mengenai isu berlakon sebagai pondan yang kini giat di’jalankan oleh penerbit filem & drama. Menurut Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut berkata hukum itu jelas menyebut setiap lelaki tidak boleh menyerupai perempuan serta sebaliknya perempuan tidak boleh menyerupai lelaki berikutan hukumnya haram serta dilaknat Allah.

“Jika mereka ingin menyampaikan mesej yang baik, banyak lagi cara boleh dilakukan, bukan dengan melanggar hukum Allah. Dalam Islam sendiri sudah jelas jika perkara itu haram, maka ia tidak boleh dilakukan dan tetap berdosa walaupun dengan alasan untuk kebaikan.”

Harian Metro, Isnin lalu melaporkan mengenai drama ‘Donut’ karya terbaru produksi milik pelakon, pengarah serta penerbit, Sheila Rusly yang menampil’kan kisah homoseksual dengan pelakon utama’nya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.

Drama yang bakal di’tayang menerusi slot Astro Ria, menampil’kan pelakon Norman Hakim, sebagai Zee menjalin’kan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.

Selain itu, drama Mabuk Estrogen yang turut menampil’kan Fizz Fairuz dan Roslan Shah juga bakal menimbul’kan kontroversi kerana di’dakwa menampilkan adegan ‘bercium’ antara dua pelakon lelaki utama’nya itu.

No comments

Powered by Blogger.