Umno Bagi Ulama Adalah “Najis”!!!!!!

Perhimpunan agung Umno hari ini diberitahu bahawa majoriti ulama, ustaz dan guru agama tidak bersama Umno dalam pilihanraya umum tahun lalu.

“Apa silapnya?” soal perwakilan dari Perak, Datuk Khusairi Abdul Hamid

Menurutnya, dahulu golongan ini yang amat berpengaruh, tidak memihak kepada Umno.

“Jika keadaan ini berterusan, kita bimbang pengaruh Umno semakin mengecil,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden Umno.

“Kita biarkan sekolah pondok diuruskan oleh ibubapa tanpa bantuan kerajaan,” katanya sambil menambah kerajaan hanya memberi lesen untuk menguruskan sekolah tersebut.

“Tentulah tidak hairan mengapa mereka menyokong parti PAS… kerana mereka ini dilahirkan oleh PAS,” tambahnya.

Sehubungan itu, boleh menyarankan supaya kerajaan menubuhkan pusat tahfiz al-Quran bertaraf profesional yang dimiliki sepenunhnya oleh Umno.

Buka sekolah tahfiz

“Apa salah kalau MARA buat, apa salahnya setiap negeri buat sekolah tahfiz yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negeri,” tambahnya.

Sumber : Malaysiakini.com

Perwakilan Umno “Hilang Ingatan”

Cukup menghairankan apabila perwakilan Umno tidak tahu dimana silapnya apabila golongan Ulama dan Ustaz tidak mahu bersama dengan mereka.

Jawapan paling senang dan semua orang tahu kecuali Umno. Mereka lupa bahawa parti mereka parti kebangsaan. Apakah layak dan betul apabila golongan agama berjuang kerana kebangsaan?.

Mereka “hilang ingatan” apabila mereka tidak tahu bahawa parti mereka buakn parti Islam walaupun mereka mendakwa Umno parti Islam. Bagaimana dengan dasar-dasar dan amalan Umno dulu, kini dan selamanya kalau masih sinonim dengan sekular dan jauh dari Islamik?

Contoh paling ketara, Islamkah parti mereka apabila terang-terangan melanggar hukum hakam agama. Rasuah wang, fitnah yang berleluasa sebagaimana yang disuarakan oleh Pak Lah, perempuan, judi, salah guna kuasa, ingkar tehadap suruhan dan larangan Allah SWT dan sebagainya yang boleh kita lihat dan dengar berlaku dalam Negara kita.

Pendekkata umno tak usah bercakap pasal moral dan akhlaklah kerana mereka sendiri adalah ketam.

Jadi, bagaimana ulama dan ustaz mahu bersama dengan mereka? manjanik

No comments

Powered by Blogger.