Hapus Konsep Senior-Junior Di Sekolah - PIBGN
Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) hari ini mencadangkan supaya konsep 'senior-junior' di asrama dihapuskan kerana berpendapat ia adalah faktor penyumbang kepada kejadian 'gangsterism' di sekolah.
Presidennya Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata selain itu konsep itu turut menyumbang kepada kejadian sosial lain seperti seks bebas serta membawa masuk pengaruh luar ke sekolah.
Mohamad Ali mencadangkan perkara itu sebagai antara langkah bagi membanteras 'gangsterism' di sekolah yang kini dilihat semakin berleluasa sehingga membabitkan kematian dan menimbulkan kegelisahan ibu bapa.
Walaupun Kementerian Pelajaran memandang serius gejala berkenaan dan pernah dilapor mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang terlibat, hukuman seperti dibuang sekolah dan tindakan disiplin seolah-olah tidak memberi kesan dan pengajaran kepada mereka.
Terbaru di Kuantan, Pahang, seorang pelajar tingkatan tiga ditendang empat pelajar senior akibat enggan mengambil air minuman manakala di Kuching, Sarawak, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat disepak dan dipukul termasuk dengan menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah dalam sebuah bilik asrama.
Di Kuala Lumpur, seorang pelajar tingkatan empat meninggal dunia di hospital setelah tidak sedarkan diri akibat cedera parah di kepala kerana dibelasah berhampiran sekolahnya di Cheras pada 13 Feb lepas gara-gara berebut teman wanita.
Mohamad Ali berkata konsep 'senior-junior' itu akan memburukkan lagi keadaan apabila seseorang pelajar itu yang telah berada lama di sesebuah sekolah atau asrama berasa bahawa dia lebih berkuasa dan berhak membuat sesuka hatinya.
Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini bahawa selain konsep itu harus dihapuskan, warden di sekolah berasrama juga perlu meningkatkan lagi rondaan di blok asrama tanpa mengira waktu.
"Apa yang penting ialah bagaimana warden itu termasuk ibu bapa, pihak sekolah dan PIBG memainkan peranan mereka. Semua pihak perlu peka mengenai sebarang perubahan tingkah laku pelajar. Kekerapan meronda di blok-blok asrama juga perlu dilakukan tanpa mengira waktu," katanya.
Mohamad Ali, yang juga Naib Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), berkata kerjasama polis untuk membuat rondaan secara kerap di persekitaran kawasan sekolah juga dilihat mampu membendung kejadian 'gangsterism'.
Selain itu, Mohamad Ali turut menggesa supaya hukuman rotan secara tertutup diaktifkan bagi menghukum pelajar yang terlibat dalam kejadian 'gangsterism'.
"Saya juga mencadangkan agar hukuman itu (rotan secara tertutup) dilakukan oleh ibu bapa pelajar terbabit dan untuk merotan, pihak sekolah mestilah mempunyai bukti yang kukuh sebelum menjatuhkan hukuman rotan.
"Dengan cara ini, pelajar itu akan sedar dan tidak akan mengulanginya kerana dia tahu ibu bapanya juga tidak berkompromi dengan kesalahan dilakukannya," katanya.
Sementara itu, seorang penjawat awam, Hashim Mansor, 49, pula berpendapat bahawa bagi membendung kejadian 'gangsterism', Kementerian Pelajaran harus mengadakan pemantauan yang lebih kepada mana-mana sekolah yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.
Beliau yang mempunyai anak di sebuah sekolah berasrama di sekitar Lembah Klang, berkata kejadian yang dilaporkan di akhbar telah menimbulkan kerisauan sehingga beliau terpaksa membuat panggilan telefon setiap hari kepada anaknya untuk memastikan keselamatannya.
"Memang risau...Kementerian Pelajaran harus mengadakan pemantauan yang lebih terutama kepada sekolah yang mempunyai masalah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 22 Feb lepas dilapor berkata bahawa walaupun terdapat lebih lima juta pelajar di seluruh negara, kementeriannya akan memberikan penekanan serius untuk membendung gejala samseng.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment