Wanita kontroversi PKNS bersara esok

Datin Paduka Low Siew Moi - yang menjadi tumpuan umum apabila dilantik sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selama tiga bulan mulai November lalu - akan bersara esok.

khalid ibrahim low siew moi othman omar new pkns selangor chief khalid ibrahim pc 231208 07Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor melantik Low (foto) memangku kerusi nombor satu PKNS itu selepas persaraan Datuk Harun Salim pada akhir Oktober tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, Low dilantik memangku jawatan tersebut selama setahun sehingga ada pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS.

Bagaimanapun, pelantikan Low - yang juga timbalan pengurus besar (bahagian korporat dan akaun) PKNS itu - mendapat bantahan termasuk daripada PAS dan Umno, kerana jawatan tersebut selama ini disandang oleh bumiputera.

Ekoran itu, kerajaan negeri telah mempercepatkan proses pemilihan pengganti Harun dan pada 1 Februari lalu, Othman Omar dilantik sebagai pengurus besar PKNS yang baru.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Mohd Wazir Abdul Ghani berkata, Low telah berkhidmat dengan PKNS selama 35 tahun sejak 1973.

Menurutnya, satu majlis meraikan persaraan Low akan diadakan di ibu pejabat PKNS pada jam 4 petang esok.

Menurut Mohd Wazir lagi, majlis tersebut akan dihadiri oleh Othman dan kakitangan agensi kerajaan tersebut.

No comments

Powered by Blogger.