jawapan umtuk kes penutupan tadika kemas kat kedah!
Ini ada 2 cerita pasal TADIKA MERGONG..hangpa baca dan faham2 laa sendiri dan jawab soalan bodoh aku masa last nanti...
petikan BERNAMA
Tadika Kemas di Mergong ditutup
Murid-murid ini yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak-anak penduduk di taman perumahan berkenaan, terpaksa belajar pada hari pertama persekolahan bagi penggal kedua hari ini, di ruang terbuka di luar Tadika mereka dengan hanya beralasakan tikar getah.
Perkara ini berlaku ekoran Tadika mereka ditutup kerana pihak pengurusan kawasan perumahan tersebut, dikatakan mahu menjalankan kerja membaik-pulih Tadika berkenaan bagi dijadikan surau.
Difahamkan juga, notis telah dikeluarkan oleh Badan Amal Taman Rakyat Mergong pada 20 Jan lalu, meminta pihak pengurusan Tadika berkenaan mencari bangunan baru.
Menerusi notis itu, pihak pengurusan Tadika itu juga didakwa tidak pernah membuat sebarang bayaran bil prasarana sepanjang 13 tahun beroperasi di bangunan dua tingkat yang sebahagiannya turut dijadikan surau untuk penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
Seorang waris murid, Maznah Zainol Abidin, 61, berkata dia kecewa kerana murid-murid Tadika itu tidak dapat belajar.
“Saya tidak sangka cucu saya terpaksa belajar di atas tikar getah dan tidak berbumbung. Sekiranya Badan Amal taman ini mempunyai masalah, mereka perlu berbincang dan menyelesaikannya secara baik dan bukannya mengusir murid-murid yang mahu belajar,” katanya.
Aida Maslina, 24, pula berkata dia sedih dengan apa yang berlaku dan berharap kerajaan negeri dapat mengatasi segera masalah itu.
Ahli Dewan Undangan (Adun) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah turut kesal dengan kejadian tersebut.
“Saya berasa kesal dengan tindakan ini kerana ia menyebabkan kanak-kanak yang datang terpaksa belajar di luar tanpa kemudahan meja dan kerusi. Saya meminta kerajaan negeri mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah ini,” katanya.
— BERNAMA
32 murid tabika Kemas belajar atas tikar getah
Begitulah nasib sekumpulan 32 pelajar Taman Bimbingan Kanak-kanak(Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat Taman Rakyat Mergong di sini apabila sesi persekolahan mereka semalam berlangsung di atas tikar getah yang dibentang di kawasan letak kereta.
Kelas mereka yang selama ini berada di tingkat bawah bangunan surau Taman Perumahan Rakyat Mergong, dikatakan mahu dibaikpulih untuk proses pemindahan surau yang sebelum ini berada di tingkat satu.
Keadaan menjadi semakin rumit apabila pengurusan surau yang ditadbir Badan Amal Taman Rakyat Mergong mendakwa Kemas gagal menjelaskan bil-bil prasarana dan sewa bangunan sedangkan masalah itu tidak pernah timbul sejak 13 tahun tabika itu beroperasi di situ.
"Saya hairan kenapa masalah ini boleh wujud kerana mangsanya ialah kanak-kanak.
"Kalau pun ada masalah, mereka sepatutnya berbincang dan menyelesaikannya secara baik dan bukannya mengusir kanak-kanak ini," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
OK Soalan...- Ini salah siapa..???
- nak renovate..bising tak..??
- Notis dah bagi 20 January lagi??
- Sekarang dah 22 march..dah berapa bulan dah..??
- pasai pa tak cari rumah sewa utk sementara waktu..??
- bangunan tu blok untuk orang ramai ka blok untuk persendirian..??
- TADIKA nie milik parti ka milik orang ramai..??
- Pasai pa sangkut paut Kerajaan negeri pulak.. ???
- nak cari isu untuk Bkt Selambau kee..???
patut la ramai penyokong umno yang tak cerdik!
No comments
Post a Comment