pak lah: ali membuktikan rasuah adalah asam garam kehidupan umno!
BANDAR RAYA KUWAIT 22 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Bawadi memuji sikap Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang tetap sayang dan setia kepada parti sekalipun dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana kesalahan politik wang.
Perdana Menteri yang telah bertemu dengan Ketua Menteri Melaka itu berkata, Mohd. Ali menyatakan beliau tidak merajuk dengan keputusan Lembaga Disiplin UMNO, sebaliknya bersedia meneruskan perjuangan untuk kejayaan parti di masa depan.
“Beliau menyatakan kepada saya apa juga yang berlaku akibat tindakan Lembaga Disiplin itu, beliau akan terus berkhidmat kepada parti dan menjaga nama baik parti.
“Pada saya ini adalah satu sikap yang baik,” kata Abdullah kepada wartawan Malaysia di sini hari ini sempena lawatan rasmi dua hari ke Kuwait.
Abdullah berkata, keputusan Lembaga Disiplin menghalang Mohd. Ali bertanding setelah didapati bersalah kerana tiga agennya melakukan kesalahan politik wang, serta keputusan Panel Rayuan UMNO menolak rayuan beliau adalah sesuatu yang perlu diterima.
Tetapi lebih penting, kata Perdana Menteri, ialah sikap Mohd. Ali yang tetap setia dan sayang kepada parti yang jelas dilihat melalui kenyataan-kenyataannya.
Mengenai penyokong-penyokong Ketua Menteri Melaka itu, Abdullah berkata, ia bergantung kepada Mohd. Ali sendiri untuk menenangkan mereka serta menerima kenyataan bahawa beliau tidak boleh bertanding.
Bagaimanapun Perdana Menteri percaya para penyokong memahami hakikat Mohd. Ali tidak boleh bertanding, sekalipun mereka menaruh harapan dan mahu beliau menjadi pemimpin berjaya.
Beliau menegaskan, Mohd. Ali masih ada tugas yang perlu diteruskan selaku Pengerusi Perhubungan UMNO dan Ketua Menteri Melaka, di samping peranan lain yang boleh dimainkan untuk kejayaan parti.
Mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) megambil keterangan daripada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said selama empat jam semalam, Abdullah berkata, Azalina sendiri sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk memberi kenyataan kepada SPRM jika diminta berbuat demikian.
Kenyataan itu diambil di kementeriannya dari pukul 5 petang hingga 9 malam sebelum para pegawai SPRM meminta izin untuk ke rumahnya pula.
Ditanya mengenai kejayaan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan jawatannya sebagai Presiden MIC untuk kali ke-11 tanpa bertanding, Abdullah enggan mengulas. – UTUSAN.
BANDAR RAYA KUWAIT 22 Mac- – Peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, membuktikan wujud masalah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun mereka tidak mahu mengakuinya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurutnya, parti itu selama ini menuding jari kononnya UMNO ada masalah dengan harapan perbuatan tersebut akan mengalih pandangan ramai terhadap masalah yang dihadapi oleh PKR.
Tetapi hakikatnya, kata beliau, ia sebenarnya adalah semata-mata untuk melindungi masalah yang mereka sendiri hadapi.
“Mereka ada masalah. Bukan semua ahli parti itu baik-baik belaka. Ada yang tak betul,” kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Mohammad Fairus menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam.
Peletakan jawatan beliau yang memegang potfolio Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat negeri berkuat kuasa 8 April ini. Beliau bagaimanapun kekal dalam PKR dan sebagai ADUN Penanti.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim sebelum ini menyatakan Mohammad Fairus meletakkan jawatan kerana ingin melanjutkan pelajaran.
Bagaimanapun Mohammad Fairus mendakwa ada konspirasi sehingga menyebabkan beliau meletakkan jawatan.
Guan Eng pula menyerahkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan mengenai dakwaan konspirasi itu serta kepada Fairuz sendiri menjelaskan kenapa beliau meletakkan jawatan.
kahkahkah..terbalik punya tazkirah....kahkahkahkah..aritu bagi tazkirah depan ulamak ok je aku tengok...keluar je masjid lain je bunyi dia kahkahkah..oit pak lah...dah la nak melaloknya....ni menunjukkan rasuah adalah asam garam umno!
ali ambik rasuah hang cakap baik...tapi fairus hang cakap bermasalah kahkahkah..macam ni ke pemimpin umno! patut la penyokong umno lain macam perangai! kahkahkah....kejar wang haram je kan kahkahkahkah....

No comments
Post a Comment