Ramai salah guna sijil cuti sakit: MMA

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mendedahkan ramai golongan pekerja di negara ini yang terbabit menyalahgunakan sijil cuti sakit untuk tujuan menyalahi peraturan dan undang-undang.

Presiden MMA, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata penyalahgunaan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan majikan kerana sijil cuti sakit menyumbang kepada kerugian wang ringgit serta ketidakcekapan industri.

“Antara penyalahgunaan yang sering dilakukan ialah mendapatkan sijil cuti sakit untuk tujuan peribadi termasuk menyambung tempoh cuti umum atau cuti tahunan atau mengelak daripada menghadiri kes mahkamah.

“Kajian dijalankan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) baru-baru ini menunjukkan purata pekerja di sektor swasta di negara ini mengambil 4.2 hari cuti sakit setahun, iaitu lebih tinggi berbanding negara lain,” katanya dalam buletin MMA terkini, semalam.

Dr Khoo berkata, sebagai contoh, pada 2007 saja MEF menganggarkan majikan di negara ini terpaksa membelanjakan kira-kira RM2.7 bilion setahun untuk membiayai kos rawatan pesakit luar pekerja mereka.

Beliau berkata, banyak sudah diperkatakan mengenai kesahihan sijil cuti sakit kebelakangan ini yang membabitkan anggota politik tidak dapat hadir untuk perbicaraan mahkamah dan ia memburukkan lagi keadaan.

Semua doktor terikat dengan kod etika profesional yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) - badan pengawal profesion perubatan tertinggi negara dan boleh dikenakan hukuman jika didapati menyalahgunakan kuasa mengeluarkan sijil cuti sakit tanpa kewajaran.

Beliau berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen penting perubatan dan seseorang itu perlu sentiasa memastikan hanya maklumat sebenar dimasukkan ketika mengisinya.

Sehubungan itu, Dr Khoo menasihatkan doktor supaya tidak terdesak untuk mengeluarkan sijil cuti sakit kerana ketidaktepatan fakta boleh menjejaskan mereka dan adalah perlu untuk mengesahkan maklumat berkenaan sebelum dokumen berkenaan dikeluarkan. - Bernama.

hahahahaha..... tanya osman jailu....kat mana beli sijil cuti sakit..kahkahkahkah tanya jamal...kat mana dia p ambik sijil cuti sakit..hahahahaha......yb..orang perli hang tu...

No comments

Powered by Blogger.