Utusan Melayu Mingguan perlu dipertahan ?
|
|
MELAKA 12 Mac - Akhbar Utusan Melayu Mingguan bertulisan jawi perlu dipertahankan dan tidak boleh dibiarkan berkubur kerana ia adalah warisan yang telah memartabatkan bangsa Melayu sejak zaman silam.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, akhbar bertulisan jawi itu telah menjadi warisan yang perlu mendapat tempat di kalangan masyarakat seluruh negara walaupun akhbar bertulisan rumi kini menguasai media di negara ini.
Katanya, Utusan Melayu Mingguan perlu terus dihidupkan dan dikekalkan penggunaannya kerana ia adalah warisan orang Melayu yang mempunyai banyak jasa dan peranannya di kalangan rakyat.
''Akhbar jawi ini tidak sepatutnya diwarisi oleh generasi terdahulu bagi generasi sekarang tetapi sepatutnya mereka turut sama mewarisinya kerana ia melambangkan budaya seni tanah air," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan tajaan akhbar Utusan Melayu Mingguan bernilai RM100,000 di kediaman rasminya di Seri Bendahara di sini hari ini.
Pada majlis itu, Mohd. Ali menyerahkan penajaan tersebut kepada Ketua Biro Utusan Melaka, Amran Mulup.
Kerajaan Negeri Melaka menaja akhbar Utusan Melayu Mingguan sebanyak 25 naskhah untuk setiap 120 sekolah rendah dan menengah di seluruh Melaka pada setiap Isnin.
Ini merupakan penajaan ketiga daripada kerajaan negeri yang sebelum ini memberikan penajaan bernilai RM120,000 pada 2007 dan RM100,000 pada 2008.
Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri akan terus membantu dari segi penajaan bagi memastikan akhbar Utusan Melayu Mingguan tidak berkubur ditelan zaman.
kahkahkahkah...pertahankan akhbar rasuah!..kahkahahkah pertahankan akhbar bodek!..kahkahkah....pertahankan akhbar pencacai...kahkahkah...selamatkan utusan yang tengah tenat!..kahkahkah
No comments
Post a Comment