Sama-sama selesaikan masalah ekonomi ~ respon kepada Johan Jaafar



Saya amat bersetuju dengan saranan Johan Jaafar agar ahli politik harus mengenepikan kepentingan lain pada masa ini melainkan menumpukan perhatian pada usaha memulihkan ekonomi atau mempersiapkan negara dengan sebarang kemungkinan. Lihat theMalaysianinsider .

Ulasan beliau ada menyentuh pasal :

i. institusi beraja diseret ke dalam isu dan sengketa politik,
ii. anak-anak Melayu secara terbuka mengisytiharkan sembah derhaka pada rajanya,
iii. politik juga ada peraturan dan hukum hakamnya, ada etika dan konvensinya. Juga adab dan susilanya.
iv. Rakyat mengharapkan penyelesaian masalah mereka bukan mahu menyaksikan sarkas politik dan drama pergaduhan sesama sendiri sepanjang masa.
v. Politik juga menuntut kewarasan, hemah dan tanggungjawab.
vi. ahli politik kita harus mengenepikan kepentingan lain pada masa ini melainkan menumpukan perhatian pada usaha memulihkan ekonomi atau mempersiapkan negara dengan sebarang kemungkinan.
vii. suhu politik dapat dikurangkan sedikit dan sandiwara politik dapat diketepikan, 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat akan menjadi contoh terbaik kesepakatan untuk menangani isu besar yang membabitkan seluruh rakyat Malaysia.

Komen :

a. Siapa yang mengheret insitusi beraja? Saudara Johan boleh bertanya DS Najib bakal boss saudara. Beliau yang mengheret insitusi beraja ke kancah politik. Beliaulah yang bertanggungjawab membawa keluar 'katak-katak' jadian yang mencetusnya kemelut politik negeri Perak.

b. Beliau menyentuh pasal 'istilah' 'sembah derhaka'. Beliau menyindir DS Nizar. Saudara Johan, seorang moderator 'forum' yang tersohor di RTM, pernah 'bertapa' di Dewan Bahasa & Puataka dan terlibat diri dengan akhbar arus perdana. Takkan 'istilah' semacam tu pun buat-buat tak faham. Bahasa-bahasa istana semacam tu menjadi makanan ruji bagi saudara, kalau tidak lebih baik saudara balik kampong tanam ubi sajalah, menghabiskan boreh saja.

c. Beliau bercakap pasal hukum hakam, beretika, adab dan susila. Oh, kalau PAS semuanya tak beradab. Pemuda UMNO pergi menyerang orang tua yang cacat lagi tu beradabke? Kalaulah itu menjadi adab baru dalam hidup orang-orang melayu, amat malanglah Saudara Johan, mat rempit lagi beradab daripada Pemuda UMNO yang jakun lagi tak bertamaddun.

d. Johan juga menyentuh pasal sarkas politik dan bergaduh sepanjang masa. Yang membuka dulu gelanggang serta arena sarkas ini siapa? Siapa yang menggangu-gugat negeri-negeri yang rakyat pilih melalui acuan demokrasi yang UMNO sendiri canaikan. Kenapa tidak boleh melepaskan 5 negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat? Kenapa melepaskan badut-badut politik merayau-merayau kat Istana, melibatkan Istana ke kancah politik ini. Takkan saudara tak mengikuti? Tak layaklah jadi media czar kepada DS Najib macam ni.

e. Saya amat bersetuju, politik menuntut kewarasan, hemah dan tanggungjawab. Tetapi jangan mengharapkan Pakatan Rakyat saja berhemah serta waras. UMNO pun perlu kepada kewarasan first degree kerana UMNO yang memerintah negara. Jikalau mereka tak waras, lintang pukang kita saudara Johan. Gaji saudara pun mungkin tak dibayar nanti.

f. Saya amat bersetuju supaya semua parti politik mengenepikan kepentingan lain dan tumpu kepada usaha memulihkan ekonomi. Kenapa UMNO yang mencetuskan ini semua di Perak?????. Kembalikan semula kuasa itu kepada rakyat. UMNO yang mabuk kuasa. Adakan pilihanraya semula kerana Zambri and the gang adalah tidak sah.

g. Suhu politik boleh dikurangkan jika UMNO mempunyai kewarasan yang tinggi, berhemah, bertamaddun dan bertanggungjawab dengan mengiktiraf kemenangan 5 negeri dibawah Pakatan Rakyat secara sah melalui pilihanraya. Itulah demokrasi ala UMNO, bila kalah dah meroyan tak tentu arah semacam dah gila talak.

Jika ini dapat diapreasasikan, InsyaAllah Pakatan Rakyat boleh bersama-sama menyumbangkan tenaga dan buah pendapat ke arah usaha hendak memulihkan ekonomi di Malaysia tercinta ini.


http://al-brangi.blogspot.com/2009/03/sama-sama-selesaikan-masalah-ekonomi.html


No comments

Powered by Blogger.