Tentang siapa sahaja kata UMNO gila, Pemuda celaka

KUALA LUMPUR 27 Mac — Pengerusi Tetap Umno yang baru dipilih, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin, secara tiba-tiba membangkitkan semangat perwakilan sebaik memulakan sesi perbahasan dasar Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Beliau yang mengambil tempat selepas berhenti rehat selama setengah jam, mengatakan Umno perlu menentang sesiapa juga yang mengatakan Umno gila dan Pemuda Umno celaka.

“Kita akan menentang siapa sahaja yag mengatakan Umno itu gila, Pemuda Celaka. Marilah berjuang. Noktah (perjuangan) hanyalah bila Allah menjemput kita bersamanya (meninggal dunia).

“Biar apapun berlaku, kita mesti pertahankan agama kita, bangsa kita, tanah air kita dan pemimpin yang telah diletakkan menguruskan Umno,” katanya dengan bersemangat.

Badruddin juga berpesan apabila melangkah kaki ke kampung, perwakilan perlu menggerakkan dan memberitahu anak-anak bangsa yang tidur lena, dengan membisikkan ke telinga bahawa bangsa, agama dan tanah air ini telah dihina, dicaci dan diperkotak-katikkan.

“Gerakkanlah bangsa pertahankan Umno sehingga ke titisan darah terakhir,” katanya yang mendapat sorakan padu dan sokongan dari perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka.

Namun, Badruddin yang selama ini popular kerana lawak jenakanya semasa menjadi perwakilan dan timbalan pengerusi tetap sebelum ini sempat berjenaka dengan mengatakan: “Kita simpan esoklah”. Beliau juga meminta perwakilan yang hadir bersempena hari Jumaat, sebagai penghulu hari, supaya berdoa kepada Allah bagi melindungi bumi Islam Malaysia ini dan pemimpinnya dan diberikan kekuatan supaya mempertahan agama dan bangsa Melayu. — Bernama


amboi bersemangat no..kahkahkahkah..tentang jangan tak tentang! kahkahkahkahkah.......... rasuah jangan tak rasuah....projek macam mana?

No comments

Powered by Blogger.