pulau kan akhbar ini!
Pas berkempen pulau media arus perdana
KOTA BAHARU: Pas akan berkempen untuk memulaukan akhbar
arus perdana sebagai tindak balas terhadap tindakan kerajaan menggantung penerbitan akhbar lidah rasmi Pas dan Parti Keadilan Rakyat, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, kempen itu akan dijalankan oleh parti untuk dimaklumkan kepada rakyat serta ahli parti supaya memulaukan akhbar arus perdana.
Beliau tidak menetapkan tempoh kempen pemulauan akan dijalankan.
"Kalau kerajaan tidak beritahu tindakan tiba-tiba menggantung penerbitan akhbar itu, kita pun tidak ada tempoh tertentu mengambil tindakan kempen memulaukan rakyat membaca atau membeli akhbar atau media arus perdana itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini, hari ini.
Pada 23 Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri menggantung permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan berkuat kuasa serta-merta.
Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata tindakan itu diambil kerana dua akhbar pembangkang itu didapati menyiarkan artikel berbaur fitnah, mengelirukan serta boleh mengancam ketenteraman dan memecahbelahkan masyarakat. - Bernama

No comments
Post a Comment