terkini: pak lah marah wartawan apabila bertanya pasal tarikh letak jawatan!

KUALA LUMPUR: "Jangan ganggu saya." Demikian kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya mengenai desakan beberapa pihak yang mahukan beliau mengumumkan tarikh peralihan kuasa.

Presiden Umno berkata: "Yang nak kacau ni pasal apa. Saya tahu apa yang saya buat dan saya buat apa yang saya buat. Jangan ganggu saya."

Abdullah ditemui wartawan selepas beliau menyampaikan amanat pada sesi Majlis Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno.

Beliau yang menerajui Umno sejak Oktober 2003 tidak mempertahankan jawatannya kali ini.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menggantikan beliau sebagai Presiden Umno.

Susulan peralihan kepimpinan Umno beliau dijangka menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib dipercayai awal April.

Ditanya sama ada beliau sedih memandangkan ini kali terakhir beliau menyampaikan taklimat presiden, Abdullah menafikan perkara itu.

Sebaliknya kata Abdullah, beliau berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan perwakilan.

"Saya tidak tahu. Saya tidak ingat tentang itu.

"Saya hanya gembira seperti biasa kerana dapat bercakap dengan mereka.

"Ia bukan satu masalah kerana saya bukan seorang yang sentimental," katanya.


wartawan pun jangan la dok p tanya direk kat pak lah soalan macam tu..dah la pak lah tengah bersedih..kahkahkahkah....td pun mungkin dalam kereta menangis sakan dah kot? kahkahkah..kesian pak lah..orang tendang hang macam tu sekali..kahkahkahkahkah.

No comments

Powered by Blogger.