calon BN bukit gantang dah kecut perut!

PAS Sekadar Mahu Balas Dendam Di Bukit Gantang : Calon BN

TAIPING, 24 Mac (Bernama) -- Langkah PAS meletakkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini bukannya untuk memberi khidmat kepada rakyat tetapi lebih kepada misi "membalas dendam" terhadap Barisan Nasional, kata calon BN bagi kerusi itu, Ismail Safian.

"Niat mereka telah lari. Tugas seorang wakil rakyat yang sepatutnya ialah memberi perkhidmatan terbaik," katanya kepada pemberita di bilik gerakan BN bagi pilihan raya kecil itu di sini Khamis.

Ismail, 49, bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang, berkata pencalonan Mohammad Nizar tidak memberikan sebarang kelebihan kepada pembangkang kerana pengundi di Bukit Gantang mahukan seorang anak tempatan sebagai wakil mereka agar segala masalah penduduk dapat diselesaikan dengan berkesan.

Sebaliknya, Ismail berkata bahawa beliau adalah anak tempatan yang bukan saja menetap di kawasan itu tetapi lebih memahami masalah setempat.

Kerusi Bukit Gantang kosong selepas penyandangnya Roslan Shaharum dari PAS meninggal dunia pada 9 Feb lepas akibat serangan jantung. Penamaan calon ialah pada 29 Mac ini.



-- BERNAMA

kahkahkah..kesian kat hang mail.kahkahkahkah...hang kadang-kadang berbunyi jer..kahkahkahkah....takut punya.kahkahkah...siapa yang nak balas dendam? awat hang terasa takut ke?ajak mamak MB hang sekali turun kempen nanti! kahkahkahkahkah

No comments

Powered by Blogger.