zambry terkejut!
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau tidak terkejut dengan pemilihan bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon pakatan DAP-PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Zambry berkata Selasa, Barisan Nasional (BN) akan menghadapi siapa jua yang dipertaruhkan oleh pembangkang kerana ia adalah pilihan parti berkenaan untuk mencalonkan sesiapa sahaja sebagai calon.
"Pilihan itu adalah hak mereka. Nanti kita akan tengok pandangan rakyat terhadap pilihan mereka itu semasa pilihan raya nanti. Pilihan mereka itu tidak mengejutkan," kata Zambry kepada Bernama.
Kerajaan negeri Perak pimpinan pakatan DAP-PAS-PKR tumbang pada awal Februari lepas apabila tiga daripada Anggota Dewan Undangan Negeri iaitu dua anggota PKR dan seorang anggota DAP keluar meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong kerajaan BN.
Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Mohammad Nizar sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang pada satu perhimpunan PAS di Taman Kota Jaya in Taiping, Perak.
BN telah menamakan Ketua Penerangan Umno Bukit Gantang Ismail Saffian, 49, sebagai calon bagi kerusi itu.
Bagi kebanyakan pihak, pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak.
-- BERNAMA
percayalah..zambry dah kalah pada pusingan pertama!

(1).png)

No comments
Post a Comment