umno marah orang cakap umno gila?

Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat - termasuk tokoh utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim - menjadi sasaran lepas geram pembahas dalam persidangan sayap pemuda Umno hari ini.

Pembahas daripada Pulau Pinang Mohd Zaidi Mohd Said berkata, Umno melakukan kesilapan "kerana membebaskan Anwar" daripada penjara.

"Anwar ini boleh janjikan bulan dan bintang... Cukuplah sandirwara Anwar Ibrahim ini.

"Kesilapan kita kerana membebaskan Anwar Ibrahim, inilah akibat yang kita tanggung hari ini," katanya ketika membahaskan usul menyentuh ketuanan Melayu dan Pakatan Rakyat.

Beliau menambah, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menumbangkan Anwar dalam pilihanraya kecil Ogos lalu, tetapi belum berjaya.

Exco Pemuda Abdullah Mohd Yusof pula berkata, sejarah sesebuah parti berpunca daripada pengkhianat dalam parti itu sendiri.

Menyifatkan Anwar dahulu sebagai "budak Umno", Abdullah menambah, Umno perlu mensasarkan ketua umum PKR itu sebagai "musuh pertama yang perlu dihadapi".

Sasar Kit Siang

Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Azimi Daim pula,mempertikaikan tindakan tokoh popular DAP Lim Kit Siang yang dilaporkan berkata "Umno gila" dalam Parlimen semalam.

Beliau juga menyelar kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwanya menuduh Pemuda Umno terlibat menghantar peluru kepadanya sebagai tanda ugutan.

"Kalau Karpal Sigh, tak payah hantar peluru, tolak pun boleh (jika mahu)," katanya.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memohon "sumpah derhaka" kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah juga menjadi sasaran kritikan beliau.

"Ada orang Melayu berjuang atas tiket parti Islam. Bercakap dan melaungkan slogan hebat, boleh (pula) waktu pagi sembah setia, (waktu) petang sembah derhaka," tegasnya.

Pembahas Johor Rohazam Shah Ahmad pula berkata kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu telah mereka menjadi berani, kurang ajar dan menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Katanya, elemen penting bagi orang Melayu iaitu agama Islam, bahasa dan kebudayaan Melayu telah disentuh pakatan pembangkang itu.


cakap celaka hangpa marah..cakap gila hangpa marah..cakap tak relevan hangpa marah...woi pemuda umno pondan....boleh blah la....macam mana orang tak cakap parti umno celaka dan gila! perangai pemimpin hangpa memang teruk! makan wang haram! makan wang rasuah! bagi rasuah! langgar perintah agama!

No comments

Powered by Blogger.