Wanita UMNO mahu ketuanya dilantik menteri secara automatik

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) — Persidangan perwakilan pergerakan Wanita UMNO hari ini meluluskan usul supaya ketua pergerakan itu dilantik secara automatik sebagai menteri atau diberi tempat dalam kabinet.

Usul yang diluluskan tanpa bahas itu dikemukakan oleh empat bahagian iaitu Kangar, Besut, Bagan Serai dan Kuala Terengganu.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bagan Serai Asmah Ramli semasa membahaskan ucapan dasar Ketua Wanita pada persidangan hari ini turut mencadangkan supaya 30 peratus jawatan menteri dan timbalan menteri diberikan kepada wanita.

Pada masa ini, katanya, hanya dua daripada 30 jawatan menteri diisi oleh pemimpin wanita dan bagi peringkat timbalan menteri hanya tiga daripada 37 jawatan yang ada, walaupun wanita merupakan anggota terbesar dalam UMNO.

Beliau juga turut mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menderhaka kepada raja dan institusi raja berperlembagaan. - Bernama

minta menteri! tak jadi menteri macam mana nak dapat projek! tak dapat projek macam mana nak dapat duit! tak dapat duit macam mana nak ada pengaruh! takda pengaruh macam mana nak bagi rasuah! tak bagi rasuah wanita umno lapar wang haram! kahkahkahkahkahkah...

No comments

Powered by Blogger.