bau sekarang sedar BN dah banyak perabis wang rakyat?

Najib : BN Mungkin Tidak Bertanding Di Penanti

Kalau takut kalah sangat, mengapa tak haram terus Pilihan raya…

kebiasaanya kalau dekat nak Pilihanraya BN akan mengatakan mereka akan menang besar @ bla… tapi kali ni pelik… pak lah pun tak pernah buat macam ni..Habis alasan dicari dan dicipta untuk menampakan tak perlunya Pilihan Raya… Sekejap membazir duit rakyat,sekejap itu sekejap ini…Mengapa Takut Sangat pada Pilihan Raya?

………………………………………………………………………………………………………….

Saya percaya bahawa jika tidak bertanding sekalipun, BN pasti akan menaja calon bebas.

Kekalahan demi kekalahan dalam kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia telah menyebabkan perdana menteri baru merangkap pengerusi Barisan Nasional, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor begitu takut untuk berhadapan dengan mana-mana pilihanraya sama ada pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum.

Hari ini, hampir semua akhbar-akhbar arus perdana menyiarkan tentang rungutan perdana menteri mengenai pilihanraya yang berkos tinggi. Cuba lihat disini, disini, disini dan disini.

Dari segi rekod, Najib Razak memang trauma dalam menghadapi pilihanraya. Pada tahun 1999, Najib menang kerusi parlimen Pekan dengan majoriti 241 undi. Jika tiada undi pos, sudah tentu beliau akan kalah.

Kebiasaannya, ketakutan kepada pilihanraya akan mendorong kepada tindakan untuk mengharamkan pilihanraya.

Lihat sahajalah nanti. Masa akan menentukan.

http://aminiskandar.wordpress.com

No comments

Powered by Blogger.