Saya Sedia dicabar... Hadi Tuju Kepada Siapa?
APABILA Abdul Hadi Awang memilih Kelantan untuk menjelaskan beliau sedia untuk dicabar sebagai Presiden Pas, saya tidak mengira notis itu ditujukan kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya jamin kalau tertakdir Nik Aziz ingin merasakan kerusi presiden, Abdul Hadi akan serahkan dengan penuh terhormat kepada Nik Aziz tanpa berdolak dalih.
Siapalah Abdul Hadi untuk berlawan dan berdepan dengan Tok Guru itu. Cukup Tok Guru berdeham di hadapannya beberapa kali, Abdul Hadi sudah seram sejuk dan demam. Saya melihat Abdul Hadi seolah kehabisan adat untuk menyatakan penghormatan beliau kepada Nik Aziz.
Setiap kali berjumpa, bersalam Abdul Hadi akan memeluk dan mencium dahi Tok Guru Nik Aziz. Penghormatan Abdul Hadi kepada Tok Guru sungguh tinggi, umpama penghormatan awan kepada bulan purma. Gelagat atau pun suasana itu sering kelihatan di kalangan para guru-guru tarekat dan syeikh-syeikh di Arab saja. Kerana itu kalau ada anasir ingin merenggangkan keakraban mereka berdua ia sesuatu yang amat mendukacitakan.
Memisahkan usaha memisahkan Abdul Hadi dengan Nik Aziz umpama cuba memotong sungai Tigris dengan pedang!
Jadi untuk apa Abdul Hadi membuat kenyataan sebegitu di Kota Bharu? Apakah ianya kebetulan kerana ditanya oleh media di sana? Abdul Hadi boleh mengelak dan mengambil sikap tidak menjawab persoalan yang bakal mengundang seribu tafsiran itu. Justeru, pada saya ada muslihat kalau Abdul Hadi berbuat demikian.
Antara lain katanya, beliau bersedia untuk ditentang dan terserah kepada ahli menentukannya. Baginya perkara biasa untuk melihat kepercayaan ahli kepadanya selaku presiden. Bagaimana pun tegasnya dia tidak akan buang pakaian, (jawatan) kerana ia satu amanah.
Apakah Abdul Hadi ada menujukan kata-kata itu kepada orang tertentu? Atau beliau sendiri sudah mendapat bisikan ada usaha agar kedudukannya dicabar? Atau pun beliau membuat andaian itu kerana mengambil kira terhadap sikap pemimpin tertinggi Pas yang ada mempertikaikan wibawanya sebagai presdien secara tidak langsung.
Tidak dinafikan di dalam ramai-ramai ahli dan pemimpin Pas ada yang tidak sehaluan dan bersetuju dengan pendekataan Abdul Hadi. Baik cara pakai, cakap bercakap dan mengulas isu-isu dianggap sebagai tidak profesional dan terkelakang. Lantaran itu ada orang yang seakan tidak seiringan dalam beberapa isu tertentu dan ada kalanya bercakap mendahului presiden.
Sikap tidak hormat dan beradat ini begitu jelas sekali. Abdul Hadi katanya tidak pernah tersinggung ata pun mengambil hati walaupun sikap itu sengaja untuk merendahkannya. Mungkinkah Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan itu kerana mentafsirkan atas hal-hal sedemikian?
Dalam masa sama ada orang yang mencadangkan supaya Nik Aziz mencabar beliau. Perkara ini mungkin tidak membekas apa-apa oleh Abdul Hadi. Namun di luar munglin ia dilihat sebagai serius. Kalau ada usaha ini tentu sekali bukan dari Nik Aziz sendiri kerana seperti saya katakan tadi kalau Mursyidul Am Pas itu inginkan jawatan itu sebut saja kepada Abdul Hadi akan menyerahkan sepenuh sukarela.
Dalam hal ini nampaknya ada orang yang cuba menggunakan nama Nik Aziz untuk menggugat kedudukan Abdul Hadi. Cadangan itu sebagai memberi mesej kepada Abdul Hadi bahawa rasa kurang senang sesetengah ahli PAs kepada beliau sudah sampai ke tahap Mursyidul Am Pas sendiri.
Saya rasa ahli Pas tidak payah berteka teki dalam soal ini. Mereka yang tidak senang dengan Abdul Hadi atas dasar untuk kebaikan Pas harus tampil ke depan tidak payah berada di bawah bayangan mana-mana pengaruh. Muncullah ke depan dengan penuh kepahlawanan dan lawanlah sendiri Abul Hadi secara mendada.
Tidak ada gunakan cakap belakang dan berlindung di balik pengaruh orang lain. Cara itulah ialah politik orang pengecut dan munafik. Politik begitu politik tikam belakang atau pun mengatakan oarng dalam gelap tidak sesuai bagi Pas sebagai harakah Islamiah. Cara politik menunggang orang lain itu sama dengan orang main polo yang menunggang kuda untuk memukul bola.
Jangan sesekali menjadikan ahli Pas sebagai kuda polo!
Jika kita ada kekeuatan dan yakin dengan idealisme sendiri untuk menggalas perjuangan Pas apa hendak takut, berdepanlah. Biarlah ahli yang membuat penilaian. Jangan kita munafik satu masa kita menunjukkan menyokongnya mengajak orang ke rumah kita dan masa lain menahan duri di tengah jalan untuk menyakitkan tetamu itu.
Islam bukan saja tidak suka kita dipatuh ular dua kali tetapi Islam juga melarang kita bersikap lembar batu sembunyi tangan.
Saya yakin Abdul Hadi orang yang menerima konsep demokrasi dan juga syura sedia berlawan dengan sesiapa saja kerana seperti katanya jawatan itu adalah tanggungjawab dan amanah. Dan beliau juga rela menyerahkan jawatan menerusi syura, kerana jawatan bukan mahkota untuk dimegahkan. Sesiapapun berhajat dan cukup kritria berbincanglah dengan beliau, bukan Abdul Hadi minat dengan muzakarah!
mso

3 comments
kalau aku di beri pilihan untuk memilih,,,,,,, au tak pilih TG Hadi Awang sebagai Presiden.. aku ada alasan tersendiri kenapa.... dan aku mencadang kan kekal kan TG Nik Aziz sebagai Musyidul Am,,,,,
buat apa nik aziza nak presiden?
dia kan cikgu besar dalam pas?...
jawatan sekarang sudah paling besar dan paling disanjung...
tak perlu nak melagakan...
sebab tak akan berlaga
jangan risau...tok guru yang kita sayangi tak akan termakan dengan umpan umno! tok guru kita lebih cerdik dari pemimpin umno!
Post a Comment