Lima peratus kakitangan awam ponteng kerja
PORT DICKSON: Kira-kira lima peratus kakitangan awam terbabit dalam gejala ponteng kerja dengan ada kes tidak datang bekerja hingga tiga bulan.
Setiausaha Agung, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kebanyakan kakitangan terbabit adalah kumpulan sokongan dua (gred 1-17) yang bekerja di luar pejabat dan tidak perlu menggunakan kad perakam waktu.
Katanya, masalah ini diketahui ketika Cuepacs menghadiri mesyuarat bersama kementerian serta jabatan kerajaan dan meminta kerjasama pemimpin kesatuan menyedarkan ahli supaya tidak melakukan perbuatan itu.
“Kami tiada masalah untuk memenuhi permintaan itu, tetapi berpendapat lebih baik kementerian dan jabatan kerajaan mengadakan seminar kesedaran khusus kepada kumpulan pekerja yang terbabit dalam gejala itu.
“Kelayakan akademik kumpulan pekerja terbabit adalah tamat sekolah rendah atau Sijil Rendah Pelajaran (sekarang Penilaian Menengah Rendah) dan mereka tidak terdedah serta mengetahui peraturan kerja seperti Perintah Am,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pekerja Awam Angkatan Tentera Malaysia di sini, semalam.
Perasmian dilakukan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ahmad Shah berkata, kementerian dan jabatan kerajaan perlu mendedahkan kakitangan kumpulan terbabit mengenai Perintah Am supaya pengetahuan mereka berhubung peraturan kerja dapat dipertingkatkan.
Mengikut Perintah Am, katanya tindakan disiplin termasuk buang kerja boleh diambil terhadap pekerja yang tidak datang bekerja melebihi tiga hari.
Sementara itu, katanya Cuepacs percaya tuntutan supaya semua kakitangan awam menerima kadar elaun sara hidup (Cola) yang sama akan dipenuhi kerajaan.
“Cuepacs berharap ketika Sambutan Hari Pekerja Sektor Awam pada 14 Mei depan, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) akan mengumumkannya,” katanya.
Katanya, Cuepacs bukan menuntut kenaikan kadar elaun, tetapi hak kakitangan awam untuk mendapat kadar Cola yang sama berbanding ketika ini diberikan mengikut kawasan kerja.
“Ini adalah hak kakitangan awam tanpa mengira sama ada di bandar atau luar bandar. Takrifan Cola sendiri ialah elaun sara hidup untuk menampung perbelanjaan kos perumahan, pengangkutan dan makanan. Cuepacs mendapati kadar harga makanan di luar bandar lebih mahal berbanding bandar,” katanya.

No comments
Post a Comment