4 Buah Sekolah Daerah Klang Terima Topeng Muka Keselamatan

Shah Alam,21Ogos-Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dengan mengedarkan topeng muka keselamatan di sekolah-sekolah seluruh negeri ini, bermula dengan daerah Klang.

Ini berikutan penularan wabak H1N1 yang semakin membimbangkan, terutamanya di kalangan pelajar yang akan menduduki beberapa peperiksaan penting tidak lama lagi.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, wabak ini boleh menjejaskan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup.

Katanya,“Saya cuba membantu sekolah sekolah ini untuk mencegah wabak ini daripada menjangkiti pelajar pelajar yang akan menduduki peperiksaaan yang besar besar”.

Beliau berkata demikian kepada Tvselangor selepas Majlis Penyerahan Topeng Muka Keselamatan di 4 buah sekolah daerah Klang di Pejabat DUN Selat Klang, pagi tadi.

4 buah sekolah yang menerima sumbangan ini ialah Sekolah Menengah Telok Gadong Klang, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Chuen Min, SRJK Tamil Jalan Tepi Sungai dan Sekolah Menengah Agama Hisyamuddin.

Turut mengagih topeng muka ialah ADUN Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Khairi, Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Arif dan 20 sukarelawan unit amal.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan bermula bulan depan, diikuti dengan Peperiksaan Menengah Rendah pada Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia pada bulan November hingga Disember.

Pihak sekolah juga berperanan dalam mencegah epidemic H1N1 ini dari terus menular.

Guru Besar SJKT Jalan Tepi Sungai Klang, Muthusamy Ramasamy berkata, pihak sekolah sedar akan tanggungjawab dan peranan mereka melindungi pelajar di bawah pengawasan mereka.

“Kami dah nasihatkan anak murid kalau ada kesakitan,deman,janganlah datang ke sekolah.Dan di sekolah,cikgu semua ambil langkah langkah yang sepatutnya supaya kalau terdapat apa apa ciri kesakitan ini,mereka akan dihantar balik ke rumah mereka”.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

No comments

Powered by Blogger.