H1N1: Korban kekal 71 mangsa
Oleh Wan Hazmir Bakar
KUALA LUMPUR: Korban berkaitan Influenza A (H1N1) kekal pada 71 mangsa apabila tiada kes kematian dilaporkan sehingga jam 9 pagi tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohamed Ismail, berkata pada masa sama 391 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 293 kes telah dibenar keluar.
"Ini menjadikan baki seramai 1,509 pesakit ILI sedang dirawat di 103 buah hospital termasuk empat hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, hanya 218 pesakit (14%) yang disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Mohd Ismail berkata, daripada 218 kes yang disahkan H1N1, 48 kes berada di ICU di mana empat kes adalah kemasukan baru, sementara sembilan lagi kes keluar dari ICU.
Katanya, daripada 48 kes yang sedang dirawat di ICU, 40 (83%) mempunyai faktor risiko.
"Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (13), kanak-kanak/bayi (7), post-natal/hamil (3), penyakit jantung (4), kegagalan ginjal (2) dan asthma (4)," katanya.

No comments
Post a Comment