Jawapan untuk Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno

Saudara Pengarang,

Saya seorang rakyat biasa yang selalu membaca akhbar pemerintah dan juga akbar pakatan untuk mendapatkan berita yang adil.
Iklan




Hari ini saya berasa sangat meluat dan lucu dengan saranan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno,Mohd Affandi Yusoff yang mana meminta Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz untuk mengeluarkan 'fatwa' Syurga/Neraka kepada ahli PKR dan DAP serta ahli PAS yang terlibat dengan amalan tidak baik.

Kedua,Affandi Yussoff mencabar PAS mengadakan demontrasi mendesak Pakatan Rakyat melaksanakan Hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pakatan rakyat. Saya sebagai guru biasa yang kurang ilmu kurang amal pun dapat berfikir waras bukan berfikir guna otak politik yang secara sedar atau tidak, diakhirnya keleak kena batang hidung sendiri.

Tentang mengeluarkan fatwa.... Memang sudah jelas dalam Al Quran / Hadis bahawa Allah yang menentukan syurga / neraka. Tetapi Allah juga telah jelaskan siapa atau ciri-ciri yang akan masuk Syurga / Neraka.

Yang jelas menentang agama Allah itulah yang bakal menghuni neraka dan sebaliknya ke Syurga. Justeru itu tidak perlu mendesak lagi Tuan Guru untuk mengeluarkan fatwa. Sebab nanti BN/Umno akan gunakan untuk modal politik.

Kenapa tidak disuruh Majlis Fatwa yang keluarkan? Bukankah itu yang lebih diguna pakai?

Walaupun mereka ahli PKR / DAP tetapi mereka tetap bersama-sama PAS menentang kezaliman dan membina sebuah negara yang diberkati. Sedang Umno/BN bagaimana? Makin meluah rasuah dan kesalahan lain.

Saya hairan bagaimana Exco di Selangor disiasat SPRM hanya kerana membeli bendera yang berharga tidak sampai RM3000 sedang dalam surat khabar kerajaan diceritakan menteri itu ini, ADUN itu ini yang mengedarkan bendera percuma, penutup hidung percuma.. Tidak disiasatkah dari mana datang duit dan kemana dibelanjakan? Bagaimana pula dengan kes-kes besar seperti PKFZ, istana Khir dan lain-lain tu?

Seterusnya tentang cabaran adakan demontrasi untuk laksana Hudud di negeri yang Pakatan memerintah. Saya rasa layak pengerusi Biro agama ini dilabel tidak cerdik.

Kalaulah boleh dilaksana TANPA mendapat perkenan PERLEMBAGAAN/PARLIMEN dan PARTI PEMERINTAN @ KERAJAAN PERSEKUTUAN sudah lama hukum itu dilaksanakan di negri Kelantan!

Ini kerana selagi BN/UMNO menjadi kerajaan jangan bermimpi hudud dilaksanakan. Tunggu sahaja 2013 kita lihat sama ada Hudud yang amat dibenci Umno/BN mampu dilaksanakan atau tidak dan seterusnya mampukah indeks jenayah dikurangkan atau tidak.

Ke arah negara Kebajikan bersama PAS/Pakatan Rakyat

No comments

Powered by Blogger.