Abang ZzZZzzZ Dilantik Pengurusi IKIM

Abdullah dilantik Pengerusi Ikim

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dilantik sebagai Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkuatkuasa 1 September ini.

Abdullah yang juga lulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya, akan menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang memutuskan untuk melepaskan jawatan berkenaan.

"IKIM di bawah kepimpinan Tun Abdullah akan terus menjadi satu institusi yang berjaya dalam merangka dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kefahaman Islam," menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri kepada Bernama hari ini.

Pelantikan Abdullah akan dapat menyemarakkan lagi usaha IKIM meningkatkan kefahaman Islam yang sebenar di kalangan umat Islam dan bukan Islam. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.