Belum Jadi PM Dah Takut Kat Singapura? Layak Ke Jadi PM?
Oleh Afrar Yunus
Ketika menjadi Menteri Besar Johor Muhyiddin Yassin pernah digertak oleh bekas Perdana Menteri republik Singapura pada waktu itu, Lee Kuan Yew. Itu seperti apa yang didakwa oleh Muhyiddin beberapa hari yang lalu.
Muhyiddin Yassin menjelaskan perkara ini ketika membuat penafian tentang dakwaan kononnya beliau pernah menjual tanah kepada Singapura ketika menjadi Menteri Besar negeri itu.
Muhyiddin berkata beliau tidak pernah menjual seinci tanahpun pada Singapura.
Muhyiddin mengaitkan isu loji pemprosesan air di Sungai Linggiu, Johor berdasarkan perjanjian diantara Johor dan Singapura pada 1961 sebagai syarat yang wajib dipatuhi oleh Johor.
Katanya pada waktu itu, Perdana Menteri Singapura mendesak mahukan bekalan air yang mencukupi untuk Singapura dari Johor.
Tanpa segan silu, Muhyiddin menjelaskan, "Lee berkata pada saya, kalau tidak bekalkan air atau hentikan bekalan air ke Singapura, kita akan berperang dengan Johor. Ini benar"
Rupanya Muhyiddin yang menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya ketujuh diantara tahun 1982 hingga 1995 takut kepada Singapura.
Samada dia takut betul-betul takut atau pura-pura takut, itu soal lain.
Kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, apakah perasaan takutnya itu masih ada jika ia digertak sekali lagi oleh Lee bahawa bukan sahaja Johor tetapi Malaysia juga akan diserang jika kehendak dan kepentingan Singapura tidak dipenuhi oleh pemimpin negara ini.
Malangnya dalam isu tersebut, mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim dipalitkan sama dalam soal yang dikira menjatuhkan maruah Malaysia.
Lebih malang lagi bagi rakyat dan negara Malaysia ialah mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri dari Johor yang boleh dengan mudah digertak dan sangat takut kepada Singapura.
Tetapi apabila di dalam negeri dan dengan rakyatnya, pelbagai ugutan, kecaman dan ancaman dibuat oleh menteri-menteri UMNO yang ‘malu berani, mati takut’ ini.
Mereka sanggup ke negara Cina memohon maaf kes berkaitan bogelkan wanita negara itu tetapi apabila mengetahui ianya wanita Melayu Malaysia, dianggap pula sebagai tiada nilai kemanusiannya.
Layak dan sesuaikah Muhyiddin yang penakut itu menjadi Timbalan Perdana Menteri ?

No comments
Post a Comment