261- Bab Pada Menyatakan Dusta Yang Diharuskan

(Berkata Imam Nawawi:) Ketahuilah, sesungguhnya berdusta itu sekalipun pada asalnya ia adalah diharamkan, tetapi dalam beberapa keadaan ia diharuskan dengan beberapa syarat. Dan syarat itu telah pun aku sebutkannya dalam kitabku al-Azkar.
Ringkasnya ialah percakapan ialah cara untuk sampai kepada sesuatu tujuan. Setiap tujuan yang terpuji yang mungkin terhasil tanpa berbohong maka haram berbohong pada kes itu. Dan jika tak mungkin terhasil melainkan dengan berbohong maka tidaklah mengapa berbohong. Dan jika untuk sampai kepada tujuan yang harus maka haruslah berbohong dan jika untuk sampai kepada tujuan yang wajib maka wajiblah berbohong. (Contohnya ialah) apabila seorang muslim bersembunyi daripada seorang zalim yang ingin membunuhnya atau yang ingin mengambil hartanya dan dia pun menyembunyikan hartanya itu, maka jika seseorang ditanya tentang muslim tadi, maka wajiblah dia berbohong menyembunyikannya (dengan tujuan dapat menyelamatkannya daripada kezaliman itu). Samalah juga jika ada pada seseorang barang yang diminta menjaganya dan ada orang yang zalim ingin mengambilnya, maka wajiblah dia berdusta menyembuyikannya.
Dan yang terlebih baik ialah (tidak berbohong tetapi) menggunakan tauriah. Dan makna tauriah ialah menggunakan sesuatu ibarat atau kata-kata dengan tujuan yang benar pada kefahaman dirinya sekalipun zahir ibarat atau kata-kata tadi adalah dusta dan bohong pada pandangan si pendengar. Walau bagaimana pun jika dia tidak bertauriah dan sebaliknya berdusta, maka tidaklah haram (dan dia tidaklah berdosa) dalam keadaan ini.
Dan para ulamak berdalilkan dalam mengharuskan berdusta dalam keadaan ini dengan hadis ini.
عَنْ أُمِّ كَلْثُوْمٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ فَيَنْمِيْ خَيْرًا أَوْ يَقُولُ خَيْرًا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
زَادَ مُسْلِمٌ فِيْ رِوَايَةٍ: قَالَتْ أُمُّ كَلْثُوْمٍ: وَلَمْ أَسْمَعْهُ يُرَخِّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ: تَعْنِيْ الْحَرْبَ, وَالْإِصْلَاحَ بَيْنَ النَّاسِ, وَحَدِيثَ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثَ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا.
1548/1- Daripada Ummmi Kalthum r.a. bahawasanya beliau ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bukanlah berdusta orang yang ingin mengislahkan (memperbaiki hubungan) sesama manusia (yang berbalah, samada) dia menyampaikan perkara yang baik atau dia mengucapkan perkara yang baik.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dan dalam satu hadis riwayat Muslim ada tambahan: Berkata Ummi Kalthum: Aku tidak pernah mendengar baginda s.a.w. memberikan rukhsah (kelonggaran) dalam percakapan orang ramai melainkan pada tiga perkara, iaitu peperangan, islah sesama manusia dan percakapan suami atau isteri terhadap pasangan masing-masing (untuk tujuan kemaslahatan mereka).
Pengajaran daripada hadis:
1. Islam sangat menitik beratkan perpaduan di kalangan muslimin.
2. Orang yang berusaha untuk mendamaikan dua orang atau kumpulan muslimin yang berbalah akan mendapat ganjaran yang mulia di sisi Allah.
3. Terdapat juga pendustaan yang diharuskan oleh syarak kerana tujuannya dan natijahnya yang baik.
Labels: Hadis, Ilmu, Riyadus Solihin
sumber

No comments
Post a Comment