Jenazah Dr.Ismail selamat dikebumi

KAJANG 27 Ogos — Jenazah Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini kira-kira 10.30 malam ini.

Sebelum itu, jenazah beliau disembahyangkan di rumah keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2.

Allahyarham meninggal akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi ini.

Beliau berada di Beijing untuk lawatan kerja selama dua hari.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam.

Beliau meninggalkan isteri, Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.