Hubungan antara agama dan akal
Sesungguhnya perkaitan antara agama Islam dan akal adalah satu perkaitan yang sangat rapat, di mana kedua-duanya tidak mungkin untuk dipisahkan.
Islam adalah agama yang menganggap bahawa tidak ada percanggahan antara agama dan akal. Ini kerana akal tidak akan dapat memahami kebenaran yang sebenar melainkan dengan petunjuk agama, dan agama pula tidak akan difahami tanpa akal. Kerana inilah, menjadi syarat untuk seseorang itu ditaklifkan iaitu dikira dosa dan pahala bila dia mempunyai akal. Orang yang tidak mempunyai akal, ataupun akalnya masih tidak cukup untuk menilai keburukan dan kebaikan tidak akan ditaklifkan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diangkatkan taklif daripada tiga golongan: daripaa kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehinggalah dia jaga dan daripada orang gila sehinggalah dia sembuh”. Hadis riwayat Ahmad dll.
Dari sudut teori dan juga amali, agama dan akal sekali-kali tidak akan berlawanan kerana kedua-duanya adalah cahaya daripada Allah SWT. Berkata Imam al-Ghazali: “Ada juga orang yang menganggap bahawa ilmu-ilmu agama berlawanan dengan ilmu-ilmu agama, dan tidak mungkin mencamtumkan antara kedua-duanya, maka sebenarnya sangkaan itu hanyalah datang daripada orang yang buta pandangan hatinya”. Kerana inilah tidak ada gambaran yang mennjukkan bahawa benda yang dianggap baik oleh agama dianggap buruk oleh akal, dan begitulah sebaliknya. Walau bagaimanapun, agamalah yang mesti memandu akal dan bukanlah sebaliknya. Akal tidak akan berguna tanpa panduan agama, samalah seperti mata yang cerah tidak akan nampak sesuatu tanpa cahaya. Kerana inilah agama diibaratkan sebagai panduan luaran dan akal pula adalah panduan dalaman, dan keduanya adalah satu benda yang tak boleh diceraikan.
Oleh kerana agama adalah panduan luaran, maka Allah SWT membuang gelaran akal daripada orang-orang kafir di dalam al-Qur’an di bukan satu tempat. Ini kerana sebenarnya mereka adalah golongan yang tidak menggunakan akal. Allah SWT berfirman: “Ini kerana mereka sebenarnya adalah golongan yang tidak menggunakan akal”. Surah al-Maidah: 58.
Maka menjadi kewajiban kepada orang yang inginkan kebaikan untuk menggabungkan antara agama dan akal. Orang yang mengajak untuk mengikut agama dan mengenepikan akal secara keseluruhan adalah orang yang jahil, manakala orang yang berpada dengan akal tanpa panduan agama adalah orang yang tertipu. Janganlah kita termasuk ke dalam kedua-dua golongan tersebut. Kerana inilah tidak dapat tidak (mesti) daripada mencampurkan antara ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu akal. Bahkan tanpa kebijaksanaan akal, di manakah ulamak? Tidakkah mereka dianggap hebat kerana kehebatan akal yang mereka miliki dalam mencari ilmu dan memahaminya?
Dan bila timbul sesama kita sebagai manusia sebarang perselisihan, Allah SWT menitahkan kita dengan firmanNya: “…maka jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul…”. Surah an-Nisa: 59. Ertinya kita mesti menjadikan agama sebagai panduan dan bukannya akal semata-mata. Akal perlu dipandu oleh agama demi untuk menyuburkannya. Maka rugilah orang yang menggunakan akal semata-mata tanpa panduan agama, bahkan merekalah sebenarnya orang yang tidak menggunakan akal.

No comments
Post a Comment