Subhanallah, Terpancar Hidayah Pada Ciptaan Kartika Sari Dewi Shukarno
Oleh Jebat Sarawak
Syukur Alhamdulillah atas kenikmatan-MU ya Allah dalam bulan keberkatan Ramadhan kali ini. Sesungguhnya hidayahmu kepada hambamu tidak pernah terbatas dan sentiasa kau pancarkan untuk panduan dan keinsafan umat-MU.
Kes hukuman sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Pahang ke atas puan Kartika tiba-tiba mengundang gelombang tsunami dalam masyarakat Malaysia. Tiba-tiba hukuman sebatan yang dijatuhkan kepada puan Kartika ini menjadi bahan yang begitu hangat diperdebatkan oleh masyaraat Islam.
Ya masyarakat Islam yang sudah berada di dalam sebuah Negara Islam selama 52 tahun. Ya mungkin ia merupaan kes yang pertama melibatkan hukuman sebat kepada seorang wanita Islam atas kesalahan meminum arak, sejenis minuman yang memabukkan dan telah dengan jelas lagi sahih firman-firman Allah tentangnya dinyatakan dalam Al-Quran ( bagi yang memahami ayat-ayat Al-Quran ) dan ditinggalkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis-hadis baginda.
Dan melalui firman-firman Allah dan hadis Rasulullah SAW inilah maka para alim ulama dan para guru agama khususnya golongan ustaz dan ustazah menyampaikan larangan Allah mengenai minuman arak ini. Dan sesungguhnya sebagai seorang yang beragama Islam yang telah terdidik dengan ilmu Islamnya pasti kita tahu akan kesalahan melakukan amalan meminum arak ini.
Seandainya dihukum pasti kita akan menerima hukuman tersebut sekiranya kita melakukan perbuatan tersebut. Ini kerana Al-Quran sedia kekal terpelihara dengan firman-firman Allah, Hadis-hadis nabi dan Rasulullah SAW sedia dirujuk untuk menentukan kebenarannya dan ajaran para alim ulama dan para ustaz dan ustazah juga dijadikan pegangan kita.
Namun apabila timbulnya kes puan Kartika ini seolah-olah Allah ingin memberi hidayah kepada umat Islam di Malaysia bahawa kita di sini sebenarnya semakin tersasar dari landasan Islam yang sebenarnya. Renungkanlah dengan akal fikiran sebagai manusia jika iman kita masih belum mampu untuk menilai hidayah Allah kepada kita umat Islam di Malaysia ini. Semoga dengan penilaian dan renungan ini maka keimanan kita kepada ajaran Islam itu semakin kukuh dan utuh. Dalam membicarakan soal puan Kartika ini tidak banyak yang mampu saya mahu kongsikan bersama pembaca DD ini. Cukup sekadar saya menyentuh dua tiga perkara pokok yang mungkin boleh menjadikan kita penganut Islam yang lebih baik daripada sebelumnya.
Soal pertamanya ialah cuba kita renungkan bagaimana redhanya puan Kartika sendiri menerima hukuman yang telah dijatuhkan kepadanya atas kesalahan sengaja yang telah beliau lakukan iaitu meminum minuman keras di sebuah hotel. Sepertimana yang kita dengar dan maklum melalui hebahan media massa bahawa beliau sanggup menerima hukuman yang dijatuhkan kepada beliau sebagai seorang Islam.
Aduh! Betapa redhanya beliau dengan hukuman yang dijatuhkan kepada beliau atas kesalahan yang begitu besar nilainya di sisi agama anutannya iaitu Islam. Apabila ada desakan daripada pihak-pihak yang begitu prihatin supaya beliau merayu atas hukuman yang dkenakan, beliau dengan pantas dan penuh yakin menyatakan bahawa beliau tidak akan merayu malah tidak sabar untuk menerima hukuman sebat tersebut. Masya Allah. Tinggi benar keimanan manusia ini. Kata-kata beliau seolah-olah ungkapan-ungkapan para sahabat Rasulullah SAW sewaktu menerima hukuman atas tindakan mereka melanggar peraturan-peraturan ajaran Islam.
Pada ketika menghayati pernyataan ini, saya sendiri terus terfikr siapakah wanita ini ? Lalu terfikir di hati ini mengungkap namanya Kartika Sari Dewi Shukarno. Bukan untuk membicarakan soal kewarganegaraan beliau, tetapi melalui nama yang indah ini pengalaman hidup ini mentafsirkan bahawa beliau berdarah Indonesia.
Jika telahaan ini salah maafkanlah. Sekali lagi saya tegaskan tidak terniat untuk membicarakan soal kenegaraan beliau. Nah! Jika beliau berdarah Indonesia maka jelaslah kepada kita bagaimana didikan agama yang diajarkan kepadanya begitu tebal sekali. Mungkin kesilapan atau keterlanjuran yang menyebabkan beliau terjerumus ke lembah arak itu merupakan esilapan beliau sebagai seorang manusia yang tidak terlepas dari hasutan laknatullah syaitan. Namun setelah beliau menyedari atau disedarkan melalui penangkapan serta hukuman yang dijatuhkan kepadanya rasa taubat serta hidayah Allah itu telah menjadikan beliau seorang yang begitu tabah dan redha atas hukuman ke atas dirinya.
Soal yang keduanya ialah kita lihat bagaimana golongan yang menyatakan diri mereka Islam yang dilahirkan dan dibentuk oleh sistem pemerintahan negara Islam kita begitu mudah mengambil keputusan dan pertimbangan melalui akal manusia tanpa berlandaskan hukum Allah yang telah dipelajari melalui Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW .Golongan ini yang menyatakan bahawa mereka seorang Islam tiba-tiba boleh ditafsirkan mempertikaikan undang-undang Mahkamah Syariah yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara untuk melaksanakan undang-undang Islam kepada umat Islam di Malaysia.
Pelbagai hujah dan alasan yang mereka utarakan yang kononnya menunjukkan bahawa ajaran Islam itu lebih baik daripada undang-undang Syariah yang sedia ada. Seolah-olah Hakim Syariee yang melaksanakan amanah dan melaksanakan undang-undang ang termaktub dalam undang-undang syariah itu tidak melaksanakan tanggungjawab beliau dengan seadil-adilnya. Tidak mahu mengulas hujah mereka dengan lebih panjang cukup saya katakan jika begitu hukuman untuk umat Islam yang minum arak secara terbuka dan bebas maka tidak hairanlah kita melihat begitu ramai dan berleluasanya umat Islam Malaysia yang meminum arak ini. Malah dengan budaya ini maka umat Islam telah banyak meningkatkan sumber ekonomi para peniaga arak ini sehingga perniagaan mereka mencapai keuntungan ribuan ringgit untuk satu hari. Mudahnya umat Islam Malaysia yang prihatin bersimpati dengan puan Kartika ini menunjukkan nilai keislaman mereka. Mungkin juga tidak keterlaluan saya katakan di sini mungkin inilah nilai keislaman majoriti umat Islam Malaysia hari ini.
Soal yang ketiganya, kes puan Kartika ini seolah-olah menyedarkan kita rakyat keseluruhannya betapa selama 52 tahun memerintah negara kerajaan UMNO yang begitu megah meuar-uarkan kepada dunia bahawa Malaysia sebuah Negara Islam tidak mampu menyediakan sebuah perundangan yang sejajar dengan roh Islam itu sendiri. Lihatlah kepincangan perlaksanaan undang-undang Syariah dalam sebuah negara Islam. Terfikir juga di benak fikiran ini apakah ertinya sebuah Negara Islam jika undang-undang negaranya tidak mampu melaksanakan atau menyediakan undang-undang Islam untuk orang-orang Islam. Lantas apabila undang-undang syariah yang tercatat megah berjela-jela serta begitu tebal dan beratnya mengapa pula menjadi carcamarba bila hendak melaksanakan hukumannya.
Dimanakah kredibilitinya golongan-golongan yang selama ini diamanahkan untuk memikul tugas dan tanggungjawab oleh kerajaan untuk menegakkan hukum Islam di Malaysia ini. Kalau sekadar hebat berceramah melalui program-program di TV atau persidangan seterusnya mengeluarkan fatwa bagi menambah kecelaruan umat Islam apalah gunanya peranan dan tugas yang diamanahkan sedangkan apabila tiba kepada peringkat perlaksanaannya golongan ini mati kutu. Tatkala golongan hakim buntu untuk menegakkan syiar Islam, golongan ulama kerajaan ini pula gagal memberi panduan dan sokongan sewajarnya kepada pihak mahkamah untuk melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia ini.
Jadi jangan salahkan rakyat jika ada yang mempersoalkan kewibaan golongan ilmuan agama kerajaan ini dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia. Apa yang jelas kes puan Kartika ini mendedahkan kepada kita betapa alpanya golongan agama yang telah dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam itu telah lalai dalam tugas dan peranan mereka yang sewajarnya mereka lakukan. 52 tahun selama ini begitu megah memegang tampuk kekuasaan undang-undang apakah sumbangan mereka dalam mendidik umat Islam supaya lebih menghayati dan memahami segenap aspek Islam agama Allah itu. Maka jangan hairan jika kita lihat hari ini semakin ramai umat Islam yang tidak tahu hukum-hakam Islam. Islam pada nama tapi amalannya tidak.
Keempat, mungkin agak mengejutkan segelintir ilmuan Islam bagaimana ketua kerajaan sebuah Negara Islam sendiri tanpa rasa bersalah berani mengutarakan cadangan supaya puan Kartika selaku pesalah dalam kes meminum arak yang ternyata bertentangan dengan ajaran agamanya merayu agar diringankan hukuman ke atas beliau. Dengan kata lain puan Kartika boleh memohon agar hukuman sebatan dijatuhkan kepadanya supaya dibatalkan oleh Mahkamah Syariah. Lihatlah kepada kita rakyat Malaysia bagaimana ketua kerajaan yang bergelar Perdana Menteri begitu senang cuba memperlekehkan undang-undang Islam. Apakah ini dinamakan seorang pemimpin sebuah Negara Islam. Seandainya beliau bukan seorang penganut Islam mungkin perkara ini boleh difahami tetapi ketua kerajaan ini seorang Perdana Menteri bernama Najib Razak yang sah di sisi undang-undang bahawa beliau seorang yang beragama Islam.
Yang hairannya kenapa beliau tidak turut mempertahankan perlaksanaan undang-undang Islam yang merupakan ajaran agama beliau sendiri sekaligus membuktikan bahawa negara yang dipimpinnya sebuah Negara Islam seprti yang pernah dilaungkan oleh dirinya sendiri pada waktu yang mempunyai kepentingan dengannya. Atau mungkin kerana terlalu taksub dengan konsep 1Malaysia sehingga beliau lupa bahawa negara yang dipimpinnya adalah sebuah negara Islam.
Nampak benar beliau tidak tahu bahawa Islam itu boleh mendokong 1Malaysia. Mungkin kerana saya dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah mengikuti arahan daripada pemerintah negara Islam yang lain maka saya beranggapan bahawa apa yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin Islam yang mengetuai kerajaan Negara Islam ini begitu menyedihkan. Justeru itu apabila melihat begitu mudah gejala-gejala yang merosakkan akidah bergerak dan berkembang di negara ini sehingga menjadikan umat Islam di sini hanya Islam pada namanya maka saya merasakan bahawa mungkin inilah akibatnya kita mempunyai pemimpin-pemimpin negara sebegini rupa.
Patutlah anasir-anasir merosakkan akidah Islam ini mudah berkembang kerana pengetahuan pemimpin-pemimpin Islam yang memimpin negara kita juga kurang pemahamannya mengenai undang-undang Islam. Justeru itu terfikir sekarang ini melalui pemikiran logik akal yang tak seberapa ini mengapa UMNO menolak gagasan Hukum Hudud yang dicanangkan oleh PAS. Bukan mereka tak mahu tetapi pemimpin-pemimin negara serta para ulama kerajaan TIDAK FAHAM tentang Hukum Hudud itu sendiri.
Bagaimana mereka nak laksanakan jika mereka sendiri tidak faham. Namun untuk menyatakan mereka tidak faham itu begitu memalukan mereka maka mereka canangkan kepada rakyat bahawa Hukum Hudud itu tidak sesuai dilaksanakan kerana takut bangsa dan agama lain memandang serong pada umat Islam. Demi menyembunyikan kelemahan dan kebodohan mereka dalam melaksanakan undang-undang Islam sanggup pula mereka membohongi rakyat dengan dakyah yang boleh menjauhkan orang lain daripada mendekati Islam. Bertuahnya Malaysia mendapat pemimpin-pemimpin sebegini rupa.
Perkara yang terakhir ingin saya bicarakan adalah tentang betapa Allah itu sentiasa mengasihi umatnya. Entah mengapa di saat pergolakan politik negara kita yang sekarang ini seakan menampakkan pertentangan mengenai perjuangan menegakkan Islam tiba-tiba Allah menqada dan menqadarkan peristiwa puan Kartika kepada kita. Mungkin selama ini melalui segala pernyataan yang kita dengar antara pemimpin PAS serta pemimpin Melayu dan juga pemimpin Islam yang tidak sehaluan dengan UMNO selaku peneraju ketua pemerintahan Kerajaan Negara Islam kita seakan keliru siapakah yang benar-benar mempertahankan dan memperjuangkan Islam.
Terlalu banyak ruang yang mengelirukan kita. Namun sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana maka diciptakannya kes puan Kartika ini untuk kita membuat penilaian sendiri tentang dasar Islam negara kita yang diperjuangkan oleh golongan Islam ini. Mungkin kita mulai mampu mentafsir bagaimanakah Islam yang diperjuangkan oleh UMNO dan bagaimana pula Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan pemimpin-pemimpin Islam yang lainnya.
Melalui kes puan Kartika ini Allah mungkin mendedahkan kepada kita bahawa selama ini perlaksana undang-undang Islam di negara kita yang berusia 52 tahun ini masih pincang pengetahuannya untuk menegakkan syiar Islam di bumi bertuah ini. Apa yang mungkin terdedah kepada kita bahawa sistem pemerintahan Islam UMNO selama 52 tahun ini telah gagal melahirkan golongan ilmuan Islam serta umat Islam yang mampu menghayati ajaran Islam yang sebenarnya.
Sistem persekolahan yang mengajar agama kepada pelajarnya seolah-olah tidak mampu menanam keimanan yang kukuh kepada pelajarnya manakala golongan pendukung undang-undang pula gagal melaksanakan undang-undang Islam yang dipegang oleh mereka. Malah yang menyedihkan pemimpin-pemimpin Islam sendiri yang memimpin sebuah Negara Islam pun cetek pengetahuan agamanya justeru itu begitu mudah cuba mengubah undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah malah telah dilaksanakan oleh pemerintahan Rasulullah SAW sewaktu memimpin kerajaan Islam Madinah mengikut kehendak akal mereka sendiri.
Sesungguhnya hidayah Allah itu telah Allah tunjukkan kepada kita sebagai umat Islam. Terpulanglah kepada kita sendiri untuk menilai sendiri bagi mendapatkan hidayah itu. Dan segalanya pastinya terserah kepada keimanan masing-masing. Sebagai seorang yang beragama Islam maka sebagai pengakhiran penulisan ini maka marilah kita mempertingkatkan lagi kefahaman kita tentang Islam itu agar kita juga termasuk dalam golongan yang diberkati oleh Allah. Semoga juga keturunan kita dan diri kita akan mati menemui Allah dalam pegangan abadi dalam Islam. Amin.
Sesungguhnya Hidayah Allah itu diturunkannya dalam pelbagai bentuk dan kejadian. Ingatlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

No comments
Post a Comment