7 Eleven memerangkap remaja melayu

Oleh : megat

Salam..,

Baru2 ini adik ipar abang saya (berumur 20thn) dan kawan sekerjanya (berumur 18thn) di tangkap dan sempat la meringkuk dalam lokap 1 malam disebabkan mencuri makanan serta barang2 kecil yang lain di tempat mereka kerja di 7 eleven di area Masjid Jamek, KL. Pada mulanya saya memang malas hendak ambil tahu kes/masalah ini kerana mencuri walaupun nilainya kecil tetap menjadi 1 kesalahan jenayah.

Namun setelah saya berfikir panjang dan melihat kerisauan berhari-hari pada wajah mereka terdetik hati ini hendak menolong namun apa kan daya saya hanya insan biasa yang tidak mempunyai nama dalam politik mahupun nama dalam kementerian pihak berkuasa.

Saya ceritakan serba-sedikit kenapa sedaya upaya saya untuk membantu mereka. Mereka ini masih kebudak-budakan serta datang dari golongan orang susah. Adik ipar abang saya baru datang dari kampungnya di Sabah dan menumpang dirumah abang saya baru 4 bulan. Abang saya beristerikan orang Sabah dan mempunyai 2 orang anak serta sebelum ini adik perempuannya juga abang saya jaga dan sekolahkan sudah selama 4 tahun dan sekarang menunggu peluang memasuki ke IPTA. Abang saya bukanlah bergaji besar kerana dia hanya tentera biasa sahaja tetapi disebabkan kasihan akan keluarga sebelah isterinya yang terlalu miskin dan daif serta mempunyai adik beradik seramai 12 orang maka dia mengambil adik isterinya sekolah dan tinggal dengannya. Apabila perkara ini berlaku kepada adik iparnya yang baru sahaja menumpang tinggal dirumahnya.. mahu tidak mahu saya lihat abang saya runsing memikirkan kes ini. Kesian pula saya tengok abang saya.

Pada cuti hujung minggu baru-baru ini kawan adik ipar abang saya menumpang saya pulang kekampung secara kebetulan kampungnya jugak tidak la jauh dari rumah parent saya walaupun berbeza daerah.

Apabila saya menghantar dia sampai kerumah tersentuh hati saya melihat keadaan rumah ibubapa dia. Hanya sebuah rumah buruk yang tunggu masa roboh dek kerana di makan anai-anai. Rumah dia jauh terletak kedalam kampung di kawasan sawah. Tersedu perasaan saya melihat keadaan mereka. Jadi saya rasa tak sanggup melihat keluarga sebegini menghadapi masalah lagi yang di lakukan oleh anaknya.

Disini bukanlah tujuan saya hendak membela penjenayah tetapi ingin saya membantu mereka menyelesaikan kes ini secara atas belas kasihan sebelum nama mereka dibicarakan di mahkamah nanti.

Sebelum itu saya pernah bertanya kepada pegawai polis dimana mereka di lokapkan samaada boleh atau tidak kes ini diselesaikan sebelum menyenaraikan nama mereka sebagai rekod penjenayah. Dan polis mengatakan boleh namun hendaklah pihak si lapor menarik balik laporannya.

Selepas dari itu saya pergi ke bekas tempat mereka berkerja dan berjumpa dengan SM (Store Manager) yang membuat laporan. Pada mulanya terkejut jugak saya kerana title manager itu hanya seorang perempuan yang hanya berumur 24 thn. Saya berbincang baik dengan dia dan saya bertanyakan kenapa pihak 7 eleven tidak memberi amran keras melalui percakapan atau berbentuk surat kepada mereka barulah di susuli laporan polis jika mereka masih melakukan kesalahan. Dimana dia mengatakan pihak 7 eleven ada bukti kukuh unutk menyabitkan mereka berdua ini mencuri semasa berkerja. Dan saya bertanya barang apa yang mereka ambil? Dan jawapannnya hanya nasik lemak dan sosej serta topup hp. Mereka tidak mencuri wang pun.

Saya tahu salah tetap salah namun kerana kes yang sebegini mendung masa depan budak2 ni. Saya tanya lagi kenapa mereka berdua kata ramai lagi yang buat perkara macamni tapi mereka tidak di tangkap? Adakah kerana mereka berdua ini baru berkerja manakala mereka ini protege2 yang tidak sebulu dengan awak maka awak melaporkan cuma mereka berdua saja? Dan jawapannya lagi sebenar dia sudah buat laporan semua yang melakukan kesalahan dan hanya menunggu masa untuk ditangkap.

Dan dia berkata lagi perkara sebegini sudah menjadi perkara biasa yang berlaku dimana-manapun di setiap 7 eleven. Terfikir hati saya bertapa ramai budak anak2 muda melayu yang secara totalnya berkerja di 7 Eleven. Dan mereka2 ini di gelapkan masa hadapan mereka dengan perbuatan kes mencuri di tempat kerja seperti ini. Malang sungguh nasib mereka. Dia berkata lagi sebenarnya salah adik ipar abang saya juga kerana bercerita tentang mekanan yang diambilnya di kawan2 nya yang berkerja di 7 eleven bangunan lain. Di mana mereka2 ini pun seperti dia. Namun malang adik ipar abg saya apabila kawan2nya di 7 eleven lain bercerita ke SM mereka dan SM mereka memberitahu kepada SM adik ipar abang saya. Setelah di tanya dan dia mengaku maka adik ipar abang saya pula mengaitkan kawan2 di tempat kerjanya.

Persoalannya kenapa SM lain tidak membuat tindakan seperti dia terus melapor kepada pihak polis? Mungkin kerana ada diantara mereka yang masih boleh berfikir matang serta tidak mengikut perasaan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Kerana hal sebegini melibatkan tentang masa depan mereka.

Sempat juga saya berceramah kepada SM tu dan mengatakan tak kisah samaada umur awak 23thn ke, 42thn ke mahupun 18 tahun..namun apabila memegang jawatan yang tinggi dan berada di atas kenalah berfikir secara matang dan bertindak mengikut akal kewarasan dan bukan mengikut emosi. Sekurang-kurangnya adu kepada pihak tertinggi di 7 Eleven dulu di HQ dan memberi mereka amaran keras terlebih dahulu. Ini seolah-olah satu perangkap untuk memendungkan masa depan anak2 muda melayu dengan rekod jenayah yang patut boleh diselesaikan cara lain yang lebih baik lagi.

Namun SM itu tidak dapat berbuat apa2 kerana kes ini sudah sampai ke pihak HQ. Maka dia tidak boleh membuat keputusan untuk menarik balik laporan itu. Maka di suruhnya saya berjumpa dengan FM (File Manager) di HQ.

Saya menalifon FM dan FM mengatakan pula kena rujuk kes ini kepada bosnya pula.

Namun sebelum itu saya bertanya lagi soalan yang sama kepada beliau kenapa tidak memberi sebarang surat amaran kepada mereka sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis? Dan jawapannya pihak dia ada bukti kukuh mengatakan mereka ini mencuri. Dan di dalam Appoinment Letter yang dorang tandatangan semasa mereka bersetuju hendak berkerja tertulis mereka akan di dakwa jika mencuri. Wah! Cukup senang mereka mencari jalan penyelesaian.

Namun saya kata kepada dia saya tahu mereka mencuri memang salah..itu memang tidak dapat dinafikan. Namun kita haruslah bertimbang rasa dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ini tidak..seolah-olah memasang perangkap. Sudah lah adik abang saya berkerja selama 1 bulan setengah tidak dapat gaji langsung. Ini salah satu faktor utama kenapa mereka mencuri. Mereka2 ini bukan berduit. Nak cari duit tambang nak pergi kerja pun pinjam duit kat orang. Harapkan gaji masuk untuk menampung hidup cukup2 untuk sebulan namun tak jugak dapat2 hampir 2 bulan. Pastu banyak pulak alasan yang 7 eleven buat mengatakan dorang buat bank akaun lambat la.., admin sekarang problem so byk kawasan pun tak menerima gali lagi. Sampai skang dorang ni tak dapat gaji satu senpun dari 7 eleven sepanjang mereka kerja disana. Sedangkan mereka berdua bercerita dorang punya OT lebat jugak. Takkan 7 eleven yang mempunyai nama kukuh di dunia dan Bos nya tergolong orang paling kaya di Malaysia nak buat taik carik duit lebih macamni kot..

Dengan apa yang saya tulis ini bukanlah tujuan saya hendak membela yang bersalah namun saya kesal cara pihak 7 Eleven menyelesaikan kes pekerja secara tidak perikemanusiaan dan bertolak ansur. Jika di biar begini saban hari ada sahaja anak2 muda melayu di senarai hitamkan sebagai penjenayah didalam rekod polis.

Rata-rata yang berkerja di 7 eleven ini masih muda lagi. Jika benar sekalipun banyak kes kecurian yang berlaku dari pekerjanya maka carilah inisiatif lain untuk membendung aktiviti begitu daripada berlaku. Kaji balik bagaimana supaya tidak wujud kes kecurian olah perkerja sendiri. Bukan cara dah jadi baru hapuskan. So perkara-perkara begini akan sentiasa berlaku tanpa henti kerana tidak ada pencegahan awal.. yang ada Cuma perangkap..Yang rugi nanti adalah anak-anak muda melayu yang baru mahu mengenali dunia perkerjaan.. .

No comments

Powered by Blogger.